Sahabat@Dusun Bayu

Wednesday, July 28, 2010

Mari kita berkongsi rasa

Salam...

Alhamdulillah... Aku dah semakin sihat. Berkat doa sahabat2 sekalian. Cuma masa aku menaip entri ni kepala aku tgh pening ckit. Tapi, itu bukan penghalang untuk aku menaip entri ni. Maklumlah dah beberapa hari aku tak dapat nak menulis sbb kurang sihat. Bukan aku nak salahkan sakit sbb x dpt nak menaip. Bukan juga nak mempersoalkan ketentuan-Nya.

Sepanjang aku demam & selesema hampir seminggu, memang aku sukar & susah nak tido. Hingus pon x henti2 membasahi rongga hidungku... Sampai sesak nafas pun ada gak. Penangan x nak makan ubatlah tu. Sapa2 yg tahu perangai aku. Aku mmg susah sikit nak makan ubat. Hmmm... Bila dah melarat baru la aku sibuk nak cari ubat. (Jgn contohi sikap ini) Mlm ni kepala pening pulak. Aku gagahkan jugak menyiapkan entri ni utk tatapan sahabat2 sekalian.

i. Gembira...

Alhamdulillah... Aku gembira sebab aku tersenarai utk temu duga penempatan. InsyaAllah, 3 Ogos ini aku akan ditemu duga. Gembira juga sebab ada yg cakap sapa2 yg temu duga 2 hingga 6 Ogos akan posting pada 16 Ogos atau 1 September... Kalau betulah apa yg di war-warkan, aku bersyukur sangat2 sbb dpt posting awal. Bolehlah kerja awal. Boleh Kumpul duit awal. Dan niat aku bila dah kerja nanti ialah... Gaji pertama aku, aku akan bagi kat mak aku. Sebab mak & ayah aku dah bersusah payah utk aku. InsyaAllah, aku akan balas jasa mak ayah aku.

Aku gembira gak sbb tiket kapal terbang untuk konvo bula 10 nanti dah ditempah. Pasal tiket dah selesai. Nak fikir pasal penginapan aku, mak & ayah aku pulak. Ada sapa2 yg nak membantu? Hehe...

Hari tu keluar dgn kawan2. Wlpn demam & x berapa nak sihat aku redah jugak kluar dgn diorg. Sebab seronok sangat bila jumpa diorg. Seronok kluar dgn dirg... Dah lama gak x jumpa diaorg. Diorg mmg best. Rizal, Ikha, Ina, Aziema, Mila(mila ajak bf dia Atoy) mmg best... x semua kawan2 ada. InsyaAllah, raya nanti kita jumpa ramai2 k... Apa2 pon, seronok sgt kluar dgn diorg haritu...

ii. Sedih

Kalau gembira mesti ada lawannya... Betul x? Sedih. Yup, aku sedih atas sebab2 tertentu. Aku sedih sebab ada di antara sahabat2 ku yg tak tersenarai utk temu duga minggu depan. Kepada Gee, banyak2 bersabar k... Ada hikmah apa yg berlaku. Aku sedih sebab dia menjadi mangsa kepada kecuaian sesetengah pihak. Aku pun pernah menjadi mangsa kecuaian seorg pensyarah. Bayangkan aku layak dapat A- ataupun B+ utk subjek tu, tapi disebabkan dia salah key-in markah. Aku dpt C+ je utk subjek tu. Sedih mmg la sangat sedih. Tak dapat nak tukar gred sbb tarikh utk semakan dah tamat. Tapi, aku reda dgn apa yg berlaku. (Seminggu gak bersedih. Huhu...)

Sedih jugak bila tengok kekejaman yg dilakukan oleh rejim zionis terhadap penduduk Islam Palestin. Laporan khas buletin utama TV3 mengenai kekejaman rejim zionis tu telah menyentuh perasaan ku. Sedih... Persoalannya. Apa yang negara-negara lain boleh buat??? Sampai bilakah kekejaman itu akan berlaku??? Adakah kita hanya mampu melihat sahaja kekejaman yg dilakukan oleh penjahat nombor 1 dunia itu??? Sampai bila kita nak melihat darah saudara kita mengalir di merata-rata Palestin???

Anak kecil yag tidak berdoa menjadi mangsa...

Kanak-kanak yg menjadi mangsa kekejaman penjenayah nombor 1 dunia itu.

Kebebasan saudara kita disekat...!

Saudara kita diperlakukan sebegini rupa... Sangat biadab & kurang asam keping betul diorg.

"Peluru batu"... Senjata utama penduduk Palestin untuk mempertahankan hak mereka yang diceroboh oleh rejim zionis.

Kanak-kanak yg sepatutnya bermain di taman permainan atau main PSP... Di Palestin, mereka bermain dengan kereta kebal & peluru hidup...

Tengoklah pencerobohan yg dilakukan oleh Israel. Mereka memang pencuri, perompak, penjenayah, semualah yg jahat2 nombor 1 dunia...

Marilah bersama-sama membantu saudara2 kita.

Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk membantu saudara2 kita di sana? Kita semua boleh mengutuk kekejaman yg dilakukan oleh mereka. Tapi, adakah itu membantu? Sama2lah kita berdoa agar diselamatkan saudara2 kita daripada kekejaman rejim zionis yg gila itu. Huhu...

Ada lagi kesedihan yg aku nak kongsikan. Tapi, maaf sebab x dpt nak tulis kat entri ni. Untuk kebaikan bersama jugak. x mahu ada yg terasa. x mahu ada yg gusar. Walaupun mereka bermain kasar. Mungkin ada yg gembira dengan apa yg berlaku. Mungkin juga ada yg terkasima. Mungkin juga ada yg tertanya2. Mungkin juga tak tahu apa2.

Kepada sahabat2 yg sentiasa membuat aku gembira, terima kasih diucapkan. Kegembiraan mampu menghapuskan kesediahan yg dialami. Aku tak nak lemas dalam kesediahan.

Rasanya setakat ini dulu utk entri ni. Jumpa lagi untuk entri yg seterusnya. Rajin-rajinlah tinggalkan komen k...

Wslm...

~~~...Dua minggu lagi kita akan berpuasa... Aku tak sabar menunggumu ramadan mulia...~~~

5 comments:

dayana said...

salam..
sedih tgk kanak-kanak yang menjadi mangsa..mereka terlalu kejam..tiada berperikemanusiaan langsung..

Anonymous said...

Salam.

tacing sangat...tak tahu nak katakan apa untuk dikongsi. insya-Allah, saya tetap doakan yang terbaik utk kawan2 yg saya kenali.

Bertuah berkenalan dengan mr.wandy. SELAMAT MAJU JAYA k.

p/s: gaji pertama ribu2 ooo...tapi 3 bulan lepas tu baru dapatlah..haha

Azwandy Bin Muhamad said...

Dayana- wslm... Mereka mmg kejam... Mmg layak digelar pengganas no.1 dunia...

Azwandy Bin Muhamad said...

Aniza- Semoga semua kawan2 kita berjaya nanti...hehe...

Bertuah juga dpt mengenali Aniza...

Husna Adilah said...

masih berfikir mampukah jadi seperti mereka juga kalau berada di sana.. tabah, kuat, semangat!

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker