Sahabat@Dusun Bayu

Wednesday, May 20, 2009

CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM

Salam...

Semalam, ade sorang mmbr aku send email kat aku... Agak menarik la jugak isi kandungan email 2... Kepada sahabat-sahabat, baca la k...

THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM..

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT

Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA

Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH

Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.


KESEPULUH


Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS


Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS


Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS


Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"


KEEMPATBELAS


Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS

Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS


Berpeganglah kepada tiga R:

1.
Rasa hormat pada diri sendiri;
2.
Rasa hormat kepada orang lain;
3.
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama
merosakkan sebuah persahabatan yang besar.


KESEMBILANBELAS


Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUAPULUH

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar..


KEDUAPULUH SATU

Ada
ketikanya anda perlu bersendirian.


Kini tibalah bahagian yang MENYERONOKKAN!

Totem tantra ini telah dihantar kepada anda untuk kebaikan. Totem ini telah diedarkan ke seluruh dunia setakat ini sebanyak sepuluh kali. Kepercayaan orang China, dalam tempoh empat hari dari tarikh totem ini anda edarkan anda akan beroleh keuntungan.

Sila hantarkan salinan kepada mereka yang pada pendapat anda memerlukan kebaikan. Janganlah hantarkan wang kerana nilai takdir tidak boleh dijual beli..

Tu la email yg mmbr aku send kat aku semalam...

Beberapa hari lagi nak g bercuti kat Pulau Pangkor...hehe...

Monday, May 18, 2009

Kisah Kawan Baik

Salam...

Tahun 2009
Semalam aku keluar dengan mmbr baik aku... Masa plan nak jumpe hari tu dia tak ckp plak dia akan ajak awek dia skali... Sebelum dia datang semalam, baru la dia ckp dia ajak awek dia skali... Sebelum tu aku nak cite dulu pasal kawan baik aku ni..

Balik semula ke Tahun 2002
Nama dia Krol (nama sebenar x payah display la k... Atas sbb2 yg tertentu...) Aku mula bkwn baik dengan dia masa form 4. Masa tu ktorg baru kenal sbb baru masuk kelas tu... Dia duduk sebelah aku. Mula-mula ingatkan si krol ni poyo. Sbb selalu je control macho... Maklum la bdk hensem... Tapi aku hensem lagi la...hehe... Ramai je pempuan yg minat kat dia. Aku pun kadang-kadang terkene gak tempiasnye... Ye la, aku kan duduk sebelah dia. Ade je bdk2 pempuan yg mntk no telefon si krol tu kat aku... Si krol ni plak bkn jenis yg suka melayan... Senyap je orgnye... Nak dijadikan cerita, masa form 4 kn ade cerita korea tajuknye "Winter Sonata"... Popular gak la cite 2 masa 2.. Ingat lagi x? Dipendekkan cerita, hero cite 2 yg namanye Joon Sang mcm la muke si krol ni... Jd bdk2 pempuan ni panggil la si krol ni Joon Sang... Si krol ni mcm biasa la, malas nak melayan bdk2 ni... Al-kisah lagi, si krol ni sebelum ni pernah la kapel dengan kawan baik aku gak... Biasa la zaman sekolah, bdk2 suke bcinte kn... hehe... Aku dengan krol terus la bkwan baik sampai la hbs form 4...

Ade la sikit-sikit mcm muke dia ni kwn aku tu...


Cite "Winter Sonata" yg popular masa thn tu.


Tahun 2003
Masa form 5 aku dgn krol masih lagi duduk sebelah-menyebelah... Ye la, dah jd mmbr baik kn... Masa form 5 ni gak dpt cikgu Matematik baru... Sejarah result matematik aku dgn krol ni agak kurang baik la... Kat dalam buku laporan mmg xpernah dpt kaler biru... Dpt kaler merah je... huhu... Bila cikgu matematik baru 2 msk kelas, ingatkan cikgu 2 slow... Tapi, sangkaan aku dgn krol salah... Cikgu 2 ganas rupenye...huhu... Mula2 mmg la lemah lembut je... Lps 2 3 hari mengajar, teserlah keganasannye... Aku dgn krol slalu jd mangsa... Teringat aku masa cikgu 2 baling buku kat aku... Sbbnye x buat keje rumah yg dia bagi... Bkn aku x nak buat... Aku x tau pon latihan 2 kene buat. Padahal latihan yg lain aku dh buat da... Cuma latihan yg satu 2 je aku x tau kne buat... Tu la kesilapan cikgu 2... Menjatuhkan hukuman kpd aku tanpa dibicarakan dahulu.. Ape la salahnye dia tanye dl kat aku... huhu... Lepas peristiwa 2, kalau dia bg latihan, aku akan bertanye 2, 3, 4, 5 kali kat dia sampai la dia fedup nak menjawabnye... Ye la, takut terlepas pandang latihan yg dia bagi...hehe... Tapi, cikgu 2 bagus... Dia pandai mengajar. Disebabkan dia jugak la aku selalu dpt markah tinggi dalam matematik... Terima kasih cikgu...!

Lain pulak dengan krol... Bdk ni lambat ckit dalam matematik ni... Mcm biasalah, stp pagi dia akan pinjam buku latihan aku... Tau kan dia nak watpe...? Mesti la meniru..hehe... xpe, aku bg je dia tiru... Sbb kadang2 aku pon x siap keje rumah...hehe... Cikgu 2 jugak la yg bagi gelaran kat aku dgn krol... Kalau jumpe je cikgu 2, dia akan panggil ktorg dgn gelaran 2...huhu... Gelaran ape 2, ha mesti korg nak tau kn... x leh ckp kat cni... 2 rahsia... Mcm2 la yg ktorg lalui bersama masa 2... Sampai la SPM... Lps SPM aku keje... 3 bulan keje kat Kilang Biskut... Jd Pembantu Ketua Stor...huhu... Penat weh... Pas tu keje lain plak... Keje kat supermarket kat bahagian frozen... Lbh kurang sebulan gak la aku keje situ sampai result SPM kluar.

Tahun 2004
Lepas result SPM keluar, aku msk form 6... Si krol plak, x nak stdy lagi... So, dia pon keje la... Tapi,ktorg still lagi bkwn rapat... Slalu gak la keluar sama2... G lepak sama2... Jumpe mmbr sama2... Lama-kelamaan, ktorg jarang jumpe... Ye la, dia sibuk keje. Aku pon sekolah gak masa 2...

Tahun 2005
Aku masuk asrama thn ni... Nak fokus kat study. Lagi pon, mmbr2 aku ramai yg msk asrama... Aku pon join la sekali... Maka disebabkan itu la, aku dgn krol lagi la jarang jumpe... Dah la kat asrama x boleh bwk hp... Tapi, kadang2 masa aku balik hujung minggu, ade gak dia singgah kat rumah aku... Lepak2 la kat rumah aku... After STPM, aku pon keje la... Jd cikgu sandaran... 3 bulan cm 2 la jd cikgu... Krol pon dah keje gak... Keje kat warehouse... Kalau ade jualan kat tempat dia keje, aku dtg la kat situ... Lepak2 dgn dia kejap...

Tahun 2006
Tahun 2006, aku berhijrah ke UPM... Sambung blajar kat cni... Tinggallah si krol kat Swk... Mesti dia bosan. Sbb mmbr lain pon sambung blajar kat semenanjung... Aku pon dah jarang msg dia... Lagi pon aku jarang balik...Kalau balik pon masa raye... Masa raye je la jumpe dia... Kluar beraye sama2... Pas 2, x jumpe da...

Tahun 2007 & 2008
Macam tahun 2006 gak... ktorg jumpe masa raye je...

Balik semula ke Tahun 2009
Sekarang krol dah keje kat Kajang... Keje kat Agensi Dadah Kebangsaan (ADK). Semalam dpt gak la jumpe dia. Ktorg plan la nak jumpe. Sekali dia bwk awek dia gak. Diorg ambik aku kat kolej. Pas 2 ktorg g Jusco Balakong. Aku dgn krol plan nak g Mines je. Tapi, awek dia ajak g Jusco. Ikut je la kata krol... Mula2 si krol ni x mengaku pempuan 2 awek dia... Nama pempuan tu Eja... Tapi, aku tau 2 awek dia. hehe... Otw nak ke Jusco 2, aku borak2 la dgn krol... Mcm2 yg ktorg borakkan... Ktorg ckp dlm bahasa swk la... So, awek krol 2 dgr je... Tapi, mesti la dia x faham ape yg ktorg ckp...hehe... Sampai2 je kat Jusco 2, awek krol 2 g bli kasut... Biasa la pempuan... Pilih kasut ambik masa ckit... Si krol pon ikut je awek dia 2... Aku pon ikut kepala aku la. G jln2 tempat len... Lps 2 ktorg g mkn. Masa mkn 2, Eja tanye la kat aku pasal krol...

Eja: Korang mmg kawan rapat eh?
Aku: Ha a... Sejak skolah menengah lagi...
Eja: owh... Kawan baik la ni...?
Aku: Lebih kurang mcm 2 la...
Eja: Krol dulu nakal x?
Aku: xde la nakal... Dia baik je... Senyap je kat kelas... (Cover baik punye...haha...)
Eja: Krol ckp dia xde awek masa sekolah dl... Betul ke?
Aku: Betul la 2... Dia mana ade awek dl... Singel je... (Cover lagi.. Padahal krol ade minat kat sorang junior ktorg... Time rehat je g usar bdk 2...hehe)

Krol senyum je masa ni...hehe...
Lps 2 sambung makan lagi...

Lepas mkn, ktorg duduk la dulu kat Jusco 2 sebelum balik... Aku dgn krol borak2 la... Maklum la dah lama x jumpe... Banyak cite nak dicite... Pastu, Eja pon tanye kat aku....

Eja: Nape x ajak awek keluar sekali...?
Aku: Dia sibuk...
Eja: Dia keje ke?
Aku: Ha a... Praktikal skrg ni...
Eja: Sama belajar ke?
Aku: Ha a... Sama. Tapi dia ambik course lain...
Eja: owh... x merokok eh? (Sambil melihat krol yg tgh merokok...)
Aku: x... x suka rokok...
Eja: Mcm mana la bdk ni boleh merokok... Padahal kwn baiknye x merokok... Belajar dari sape la ni... (Eja sengaja menyindir krol...)

Lepas 2, ktorg pon balik...

2 la kisah kawan baik aku... Lps ni dia ajak keluar lagi... Dia suruh aku ajak awek sekali... Dah ade dekat ni mmg senang la nak jumpe... Tgk la nanti, kalau ade masa ktorg keluar lagi la... Nak mintak dia belanje plak...hahaha...

Entri ini ade tokok tambah ckit dari cerita sebenar atas sebab2 yg tertentu... xde sebab pon sbnrnye...

Sunday, May 17, 2009

Berita Baik Buat Guru

Salam...

Kuota guru cemerlang ditambah

KUALA TERENGGANU – Kerajaan meluluskan serta-merta tambahan 2,141 kuota jawatan guru dan pengetua cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) di sekolah menengah di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan turut bersetuju untuk mewujudkan beberapa jawatan guru cemerlang bagi PPPS yang berkhidmat di sekolah rendah.

“(Pertambahan kuota itu) sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada guru-guru,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Guru 2009 peringkat kebangsaan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man di sini semalam.

Turut hadir pada sambutan bertemakan “Guru Pembina Negara Bangsa” itu ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom.

Muhyiddin berkata, bagi guru cemerlang Gred Khas C, kerajaan bersetuju menambahkan kuota daripada 24 kepada 36 jawatan manakala 34 jawatan daripada 100 jawatan sedia ada untuk Gred DG54.

Sumber: Kosmo 17 Mei 2009

Harapnye akan ade banyak lagi keistimewaan yg guru dapat... hehe... Bkn senang nak jd cikgu cemerlang... Tapi, x mustahil kalau kita nak...

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU: Guru Pembina Negara Bangsa

Salam...

16 Mei setiap tahun merupakan hari untuk meraikan guru-guru di Malaysia. Pada tahun ini tema sempena hari guru ialah "Guru Pembina Negara Bangsa". Lagu tema hari guru pada tahun ini juga sangat menarik bagi aku. Berkali-kali aku dgr. Liriknye mmg sangat bermakna terutamanya kepada guru-guru. Sempena hari guru ni, aku nak ucapkan selamat hari guru kpd semua guru yang telah mengajar aku. Jasa guru-guru amat aku hargai dan aku ucapkan jutaan terima kasih... Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila... Terima kasih cikgu...!!!

Ayah aku iaitu Muhamad Bin Bohari juga merupakan seorang guru. Tetapi dah bersara dah... Walaupun dah bersara, tetapi org masih panggil ayah aku cikgu... Ayah aku jugak la yg menggalakkan aku menjadi cikgu... Sebab cikgu merupakan pekerjaan yang sangat mulia... Mendidik anak-anak bangsa... Tepat dengan tema hari guru tahun ni... "Guru Pembina Negara Bangsa..." Guru la pembentuk generasi yang akan menentukan ke mana arah tuju negara kita pada masa akan datang... Kalau elok ajaran gurunye, maka akan elok la murid-muridnye... Kalau guru kencing berdiri...anak murid kencing berlari...

Sudah menjadi lumrah zaman sekarang... Ibu bapa menyerahkan sepenuhnye anak-anak mereka kepada guru di sekolah. Maklum la masing-masing sibuk dengan kerja. Tapi, bila pencapaian anak mereka merosot, mula la nak salahkan guru... Sebab tu la, kalau nak jd guru kene la sabar, tabah, tekal dan sebagainye...hehe...

InsyaAllah, aku pon akan menjadi guru juga... Tak lama lagi nak praktikal... Lepas tu akan posting pulak... Kat mana nak posting... Hmmm... Itu kita tak tahu... hehe... Akan difikirkan kemudian... Kat mana-mana pon xpe... Asalkan dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pendidik yang berjaya... Membina negara bangsa yang gemilang di mata dunia... cewah...

Cikgu-cikgu yg pernah mengajar aku di SMK Tun Abang Haji Openg

Walaupun aku belum lagi jadi guru yg sah... Tapi, sejak semalam aku dapat sms yg ucap selamat hari guru kat aku... Terharu gak sbnrnye... Terima kasih la kat sape-sape yg bagi sms yg ucap selamat hari guru kat aku... Kepada sahabat seperjuangan dan bakal-bakal guru PBMP 2006-2010, Selamat Hari Guru kepada anda semua... Jadilah guru yang baik untuk membentuk bakal pewaris negara kita... Kepada bakal-bakal guru B&K, TeSL, SP dan lain-lain, Selamat Hari Guru juga kpd kalian semua...

Teringat kat sorang cikgu yg pernah baling buku kat aku sbb x siapkan keje rumah... Trauma skejap masa 2...huhu... Bkn x nak buat, tapi x tau kne buat... Ingatkan x perlu buat... x pasal2 kne baling dgn buku latihan matematik... Kesian...

Friday, May 15, 2009

Rindu Kamu

Salam...

Dua minggu kat dalam hutan kat Ulu Yam 2 mmg mbuatkan aku tahu perangai mcm2 org. Tahu perangai sebenar yg disembunyikan di zon selesa. Bila berada kat zon x selesa, teserlahlah sikap yg dicover selama ini. Tapi xpe, lain padang lain belalang. Hati manusia siapa yg tahu. Allah yg maha mengetahuinye... Wlpn bermacam-macam kerenah, seronok sangat bsama-sama dengan diorang. Rindu plak masa makan sama2, mandi sungai sama2, main bingo sama2, ade yg main sudoku(ade lagi men game len tapi x leh ckp kat cni...hehe...) Sampai ade sorg 2 termimpi2 main bingo.. hmmmm... Seronok sangat main bingo... Tahniah kepada Che As yg memperkenalkan permainan Bingo masa CIC011 ari 2... Bla dia demam, xde org yg men bingo. Bila dia sembuh, sambung balik men bingo... Rindunye saat2 2.. Ye la, 2 la CIC aku yg terakhir.. Huhu... Sedih plak... Tahniah aku ucapkan kpd semua Instructor CIC011 yg lepas. Korang mmg best la... Teruskan memajukan bidang rekreasi di Kolej Canselor k... Terima kasih gak kpd alumni Reccan's kolej Canselor yg sudi datang... CIC seterusnye pon dtg gak k...
Barisan Instructor CIC011 yg mantap


Instructor CIC011 bersama-sama alumni Reccan's

Sejak 26 April 2009 lepas aku belum lagi jumpe dengan si dia. Tipu la kalau aku ckp aku x rindu dia. Sms pon jarang da. Aku tau dia penat sbb praktikal skrg ni. Jadi aku faham la. Aku pon baru balik dari Canselor Instructor Course 011 (CIC011) kat Ulu Yam. Mmg x sms la dgn si dia. Tambahan lagi xde coverage kat ctu. Menambahkan lagi rindu aku pada si dia.(cewah... ayat xboleh tahan...) Tapi, sempat gak telefon si dia masa kat tgh2 hutan. Masa 2 ade coverage kat kwsn 2. Hehe... Lepas CIC aku xde watpe... 2 la yg wat aku rasa rindu sgt kat si dia. Ingat nak jumpe sebelum aku balik kuching. Tapi, mcm x dpt jumpe je. Ye la, si dia mesti penat sbb praktikal. Nak wat cmne kn... (ayat redha...huhu) Harap2 si dia pon rindu la kat aku...

Buat si dia-Jga diri baik2... Keje elok2... Jgn lupekan org kat cni... Org kat cni rindu sgt kat kat org kat sana... Nanti jumpe k... I will miss u...



Rindu gak nak balik rumah... Biasa la perantau mcm aku... Lepas retreat di Pangkor, aku balik kucing. Flight 26 Mei 2009. Rindu kat family... Rindu kat anak2 buah... Rindu nak jumpe mmbr2... Nanti aku balik, nak wat pjumpaan dgn ahli tetap geng aku... Man naga, mila pink, rizal oren, Noor ngegeh, erana kecik, & aziema mak datin. Erana stat ROS kat skolah openg 18 mei. Smoga sukses hendaknye... Noor cikgu tadika kemas ape cer? Senyap je...huhu... Dah nak kawen ke ape...hehe...

Gambar masa raya 2007... Gambar terbaru xde...huhu...

Gambar raye gak... Tapi x ingat bile... Cube teka yg mana satu sy...?


Rindu kamu semua...

Johari ckp: Rindu kat ona eh...? xpe, sabar k... nanti jumpe la tu...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker