Sahabat@Dusun Bayu

Wednesday, May 20, 2009

CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM

Salam...

Semalam, ade sorang mmbr aku send email kat aku... Agak menarik la jugak isi kandungan email 2... Kepada sahabat-sahabat, baca la k...

THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM..

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT

Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA

Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH

Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.


KESEPULUH


Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS


Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS


Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS


Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"


KEEMPATBELAS


Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS

Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS


Berpeganglah kepada tiga R:

1.
Rasa hormat pada diri sendiri;
2.
Rasa hormat kepada orang lain;
3.
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama
merosakkan sebuah persahabatan yang besar.


KESEMBILANBELAS


Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUAPULUH

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar..


KEDUAPULUH SATU

Ada
ketikanya anda perlu bersendirian.


Kini tibalah bahagian yang MENYERONOKKAN!

Totem tantra ini telah dihantar kepada anda untuk kebaikan. Totem ini telah diedarkan ke seluruh dunia setakat ini sebanyak sepuluh kali. Kepercayaan orang China, dalam tempoh empat hari dari tarikh totem ini anda edarkan anda akan beroleh keuntungan.

Sila hantarkan salinan kepada mereka yang pada pendapat anda memerlukan kebaikan. Janganlah hantarkan wang kerana nilai takdir tidak boleh dijual beli..

Tu la email yg mmbr aku send kat aku semalam...

Beberapa hari lagi nak g bercuti kat Pulau Pangkor...hehe...

No comments:

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker