Sahabat@Dusun Bayu

Thursday, May 14, 2009

Separuh Akhir Piala Asia 2009: Malaysia Tewas kepada Pakistan 2-4

Salam...

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR HOKI LELAKI
PIALA ASIA 2009

Malaysia 2 - 4 Pakistan

Kekalah skuad hoki kebangsaan kepada skuad hoki Pakistan 4-2 telah melenyapkan impian negara untuk menjuarai Piala Asia 2009. Namun, skuad hoki kebangsaan telah berjaya mencapai sasaran mara ke separuh akhir kejohanan Piala Asia 2009 kali ini. Paling membanggakan apabila skuad negara menewaskan Jepun 4-1 pada perlawanan peringkat kumpulan dan mengikat Korea Selatan 1-1. Jelas sekali prestasi skuad hoki kebangsaan semakin meningkat berbanding tahun lepas.
Ismail Abu menjaringkan kedua-dua gol untuk skuad Malaysia semalam

Walaupun Malaysia mendahului 1-0 pada minit ketiga hasil jaringan Ismail Abu tetapi skuad kebangsaan gagal menghalang asakan bertubi-tubi Pakistan terutama pada separuh kedua yang memperolehi jaringan menerusi Rehan Butt minit ke-18, 64, Akhtar Ali minit ke-46 dan Ashim Ali minit ke-66, sebelum Ismail menambah gol kedua di minit terakhir perlawanan.

Malaysia akan menentang China pula untuk merebut tempat ke 3 dan ke 4 Asia. Semoga skuad kebangsaan terus cemerlang selepas ini.

Jali ckp, Malaysia kalah sbb x tahan dgn bau pemain Pakistan... Mungkin gak 2... hehe...

No comments:

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker