Sahabat@Dusun Bayu

Sunday, May 17, 2009

Berita Baik Buat Guru

Salam...

Kuota guru cemerlang ditambah

KUALA TERENGGANU – Kerajaan meluluskan serta-merta tambahan 2,141 kuota jawatan guru dan pengetua cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) di sekolah menengah di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan turut bersetuju untuk mewujudkan beberapa jawatan guru cemerlang bagi PPPS yang berkhidmat di sekolah rendah.

“(Pertambahan kuota itu) sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada guru-guru,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Guru 2009 peringkat kebangsaan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man di sini semalam.

Turut hadir pada sambutan bertemakan “Guru Pembina Negara Bangsa” itu ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom.

Muhyiddin berkata, bagi guru cemerlang Gred Khas C, kerajaan bersetuju menambahkan kuota daripada 24 kepada 36 jawatan manakala 34 jawatan daripada 100 jawatan sedia ada untuk Gred DG54.

Sumber: Kosmo 17 Mei 2009

Harapnye akan ade banyak lagi keistimewaan yg guru dapat... hehe... Bkn senang nak jd cikgu cemerlang... Tapi, x mustahil kalau kita nak...

No comments:

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker