Sahabat@Dusun Bayu

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU: Guru Pembina Negara Bangsa

Salam...

16 Mei setiap tahun merupakan hari untuk meraikan guru-guru di Malaysia. Pada tahun ini tema sempena hari guru ialah "Guru Pembina Negara Bangsa". Lagu tema hari guru pada tahun ini juga sangat menarik bagi aku. Berkali-kali aku dgr. Liriknye mmg sangat bermakna terutamanya kepada guru-guru. Sempena hari guru ni, aku nak ucapkan selamat hari guru kpd semua guru yang telah mengajar aku. Jasa guru-guru amat aku hargai dan aku ucapkan jutaan terima kasih... Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila... Terima kasih cikgu...!!!

Ayah aku iaitu Muhamad Bin Bohari juga merupakan seorang guru. Tetapi dah bersara dah... Walaupun dah bersara, tetapi org masih panggil ayah aku cikgu... Ayah aku jugak la yg menggalakkan aku menjadi cikgu... Sebab cikgu merupakan pekerjaan yang sangat mulia... Mendidik anak-anak bangsa... Tepat dengan tema hari guru tahun ni... "Guru Pembina Negara Bangsa..." Guru la pembentuk generasi yang akan menentukan ke mana arah tuju negara kita pada masa akan datang... Kalau elok ajaran gurunye, maka akan elok la murid-muridnye... Kalau guru kencing berdiri...anak murid kencing berlari...

Sudah menjadi lumrah zaman sekarang... Ibu bapa menyerahkan sepenuhnye anak-anak mereka kepada guru di sekolah. Maklum la masing-masing sibuk dengan kerja. Tapi, bila pencapaian anak mereka merosot, mula la nak salahkan guru... Sebab tu la, kalau nak jd guru kene la sabar, tabah, tekal dan sebagainye...hehe...

InsyaAllah, aku pon akan menjadi guru juga... Tak lama lagi nak praktikal... Lepas tu akan posting pulak... Kat mana nak posting... Hmmm... Itu kita tak tahu... hehe... Akan difikirkan kemudian... Kat mana-mana pon xpe... Asalkan dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pendidik yang berjaya... Membina negara bangsa yang gemilang di mata dunia... cewah...

Cikgu-cikgu yg pernah mengajar aku di SMK Tun Abang Haji Openg

Walaupun aku belum lagi jadi guru yg sah... Tapi, sejak semalam aku dapat sms yg ucap selamat hari guru kat aku... Terharu gak sbnrnye... Terima kasih la kat sape-sape yg bagi sms yg ucap selamat hari guru kat aku... Kepada sahabat seperjuangan dan bakal-bakal guru PBMP 2006-2010, Selamat Hari Guru kepada anda semua... Jadilah guru yang baik untuk membentuk bakal pewaris negara kita... Kepada bakal-bakal guru B&K, TeSL, SP dan lain-lain, Selamat Hari Guru juga kpd kalian semua...

Teringat kat sorang cikgu yg pernah baling buku kat aku sbb x siapkan keje rumah... Trauma skejap masa 2...huhu... Bkn x nak buat, tapi x tau kne buat... Ingatkan x perlu buat... x pasal2 kne baling dgn buku latihan matematik... Kesian...

2 comments:

ADORA said...

btol2..memang byk gile keje cikgu sekarang..sampai boleh kurus tanpa diet tau..hahaha

Azwandy Bin Muhamad said...

ye la.. bkn stakat mengajar je kn..?
ade lagi keje2 yg len...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker