Sahabat@Dusun Bayu

Friday, December 17, 2010

Lawak: Kisah Ulama' dan Pramugari

Kisah Ulama' dan Pramugari

Seorang ulama' sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk.

Oleh sebab tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka dia terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk.

Semasa dia mengangkat salah satu kakinya ke singki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama' itu dan menegurnya.

Pramugari: (Dengan suara yang agak keras) Tuan tak boleh masukkan kaki ke dalam singki tu, sebab mengotorkan singki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!

Ulama': (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?

Pramugari: (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama': (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari, ini bererti kaki saya lebih bersih daripada muka saudari!

Sumber: Mastika/ April 2010

Moral daripada cerita ini: Di akhirat nanti bukan saja lidah, kaki pun boleh berkata-kata...

8 comments:

ashutz said...

ashutz like this..hehe

dak eina said...

huhu... lawak yg bijak.. sape suh berlagak..mentang2 pramugari~ cehh

hani apandi said...

hehe.
yala manusia kan.
berias berjam2 sanggup
tapi nak sembahyang yang berapa minit jak ya liat jak.huhu

semoga kita tergolong dalam golongan yang baek2 shj & beriman.amin :D

fiza sarawak said...

wah..lawak yg sentap! agik rasa pramugari ya.hahahah

Azwandy Bin Muhamad said...

@ashutz I like too..hehe..

Azwandy Bin Muhamad said...

@dak eina sentap kan..hehe...

Azwandy Bin Muhamad said...

@hani apandi aok... mena ya.. amin...hehe...

Azwandy Bin Muhamad said...

@fiza sarawak loba gilak pramugari ya ..hehe...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker