Sahabat@Dusun Bayu

Thursday, August 19, 2010

"Maradona Asia" disingkir kerana tidak berpuasa

Salam...

Alhamdulillah, hari ini sudah hari yg ke-9 dalam bulan ramadan.
Syukur juga kerana saya masih mampu meneruskan ibadah pada bulan yang mulia ini.
Untuk entri kali ini Poet Dusun Bayu ingin berkongsi mengenai berita yang agak menarik yg saya dapat daripada Utusan Sarawak.
Jom baca sama-sama...

"Maradona Asia" disingkir kerana tidak puasa.

TEHRAN, Isnin- Bintang bola sepak Iran, Ali Karimi, yang digelar "Maradona Asia", disingkir dari kelabnya kerana tidak berpuasa, kata kelab itu.

Dalam laman webnya, Steel Azin FC berkata, kelab itu "terpaksa menyingkirkan salah seorang pemainnya, Ali Karimi, kerana degil dan tidak berpuasa pada bulan ramadan".

Ali Karimi digelar "Maradona Asia"(Sumber gambar: Encik Google)

Karimi, bekas Pemain Terbaik Asia 2004, pernah mencerca pegawai persekutuan bola sepak Iran dan pegawai penyelia pasukan di Tehran itu bertelagah dengan Karimi berhubung isu tersebut.

Namun, Karimi menafikan dia melakukan sebarang kesalahan.

"Saya seorang Islam dan mempercayai persoalan agama", kata Karimi kepada agensi berita ISNA, yang turut menafikan mencerca pegawai bola sepak Iran.

Pernah bermain untuk pasukan Bayern Munich...(Sumber gambar: Encik Google)

Penyingkirannya dibuat selepas dia mengkritik gaya pengurusan kelab dan bekas pegawai Pengawal Revolusi Iran, Mostafa Ajorlou dalam temu bual di laman webnya.

"Bos, saya puasalah... Semalam saya lupa puasa. Tak sengaja makan..."(Sumber gambar: Encik Google)

Sementara itu, pengerusi kelab, Hossein Hedayati memberitahu ISNA, beliau tidak perasan terhadap keputusan tersebut juga terhadap penyingkiran Karimi. Karimi, 31, pernah beraksi di Bundesliga, menjaringkan empat gol dalam 50 penampilan bersama Bayern Munich. AFP

Sumber: Utusan Sarawak/17 Ogos 2010

Itulah berita yang saya ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat blogger yg disayangi...
Hehe...

Selamat berpuasa semua...

~~~...Tak lama lagi nak raya..Hehe...~~~

6 comments:

nisa j ramli said...

dia bukannya penyokong revolusi yang sejati, tu pasal tak puasa. zzZz!

QERY HASAN said...

thnks for da berita..huhuhu...

LiFe KaMi said...

padan muka ,ingat kelab bola bole tak puasa ker...

Azwandy Bin Muhamad said...

ketingting- Yela kot..hehe...

Azwandy Bin Muhamad said...

wanhairi- sama2...

Azwandy Bin Muhamad said...

life kami- tu la pasal... Pelik2 je kn...hehe...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker