Sahabat@Dusun Bayu

Monday, August 30, 2010

PENGUMUMAN: Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Ke-34

Salam...

Salam Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia...
Hanya beberapa jam sahaja lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yg Ke-53..

Untuk entri kali ini, Poet Dusun Bayu hendak membuat pengumuman...
Anda semua sudah tahukan apa pengumuman yg saya hendak buat...
Hehe...


Pengumuman ini khas kepada semua bakal graduan Universiti Putra Malaysia yang akan bergraduat pada bulan Oktober ini...

PENGUMUMAN

Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Ke-53.

Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-34 akan diadakan di Pusat
Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM pada:

Tarikh : 09 hingga 13 Oktober 2010
Hari : Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu (10 sesi)

Graduan boleh menyemak sebarang maklumat dari semasa ke semasa mengenai Majlis
Konvokesyen termasuk susunan graduan mengikut program dan sesi (klik sini untuk melihat susunan graduan mengikut program dan sesi) melalui laman web rasmi Bahagian Akademik: 

 Maklumat penting secara ringkasnya.

TARIKH-TARIKH PENTING
09 hingga 13 Oktober 2010

02 - 07 Oktober 2010 
Tarikh meminjam pakaian akademik bagi graduan
Ijazah Bacelor dan Diploma di Kompleks
Akademik Pusat, UPM.

06 Oktober 2010 (Rabu)
(bermula jam 9.00 pagi)
Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen di Pusat
Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah, UPM bagi graduan yang ditetapkan
menerima skrol pada Sesi 1, 2, 3, 4 dan 5.
(Kaunter pinjaman pakaian akademik akan
ditutup sementara pada sebelah pagi untuk
Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen.
Kaunter hanya akan dibuka kembali pada jam
2.15 petang sehingga 4.30 petang).

07 Oktober 2010 (Khamis)
(bermula jam 9.00 pagi)
Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen di Pusat
Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah, UPM bagi graduan yang ditetapkan
menerima skrol pada Sesi 6, 7, 8, 9 dan 10.
(Kaunter pinjaman pakaian akademik akan
ditutup sementara pada sebelah pagi untuk
Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen.
Kaunter hanya akan dibuka kembali pada jam
2.15 petang sehingga 4.30 petang).

09 – 13 Oktober 2010
Majlis Konvokesyen di Pusat Kebudayaan dan
Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM.
(Graduan berkumpul di tempat letak kereta, Pusat
Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah UPM) mengikut sesi dan masa yang
ditetapkan.

09 – 17 Oktober 2010
Tarikh memulangkan pakaian akademik dan
mengambil skrol/transkrip (Ijazah Bacelor dan
Diploma) di Kompleks Akademik Pusat, UPM
sebelum 4.15 petang.

Mulai 18 Oktober 2010
Pemulangan pakaian akademik dan pengambilan
skrol/transkrip adalah bertempat di Bahagian
Akademik, Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran, UPM.
Denda akan dikenakan kepada graduan yang lambat
memulangkan pakaian akademik (para 4.6
Pemulangan Pakaian Akademik adalah berkaitan).

Itulah maklumat secara ringkas yg saya hendak kongsikan...
Sekiranya hendak maklumat yg lebih lanjut, sila layari

 Mesti mak ayah saya bangga...Hehe... (Sumber gambar: Encik Google)

Untuk maklumat sahabat-sahabat blogger yg disayangi....
Saya akan bergraduat pada
12 Oktober 2010 (Selasa)
Sidang 8
Sesi Petang

Jemputlah datang...
Bawa bunga sekali...
Hehe...

Selamat bergraduat kepada semua graduan UPM...
Selamat bergraduat kepada sahabat-sahabat saya...
Selamat bergraduat kepada saya...

Tahniah kepada anda semua...

Sekian...

~~~...Tahniah semua yg akan bergraduat..~~~

10 comments:

nyonya penang said...

waaa....
nntikan suara saya di konvo tu..
=) nnti sy panggil nama awak naek pentas..

Unknown said...

bro..tahniah..akhirnya,ko akan dapat segulung ijazah..hihihi..tahniah bro..

Azwandy Bin Muhamad said...

@cik botoX kamu jadi announcer ke???

Azwandy Bin Muhamad said...

@zalin Thanks zalin... Jgn lupa dtg masa aku konvo nanti...bwk ape yg patut k...

LiFe KaMi said...

tahniah,semoga kamu dpt mencapai cita2 itu..

ashutz said...

Waaaa..xlama dah...
seronoknyer..tapi ktowg kat cni sedih kerana kehilangan senior2 yg disayangi....Kalau berkesempatan t ada la muke syud kt situ..singgah lah KC ye..bagi semangat kat adik2 junior ni...

ashutz said...

Waaaa..xlama dah...
seronoknyer..tapi ktowg kat cni sedih kerana kehilangan senior2 yg disayangi....Kalau berkesempatan t ada la muke syud kt situ..singgah lah KC ye..bagi semangat kat adik2 junior ni...

Azwandy Bin Muhamad said...

@LiFe KaMi Amin...Terima kasih...

Azwandy Bin Muhamad said...

@ashutz InsyaAllah, sy mmg akan ke kc nanti... Nak jd i hong..hehe...

nyonya penang said...

hehe..kalo jadik lagi...=)
kalo org pngl ada la job..
kalo x pngl xdak la..
sy bukan terre sngt..hehe

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker