Sahabat@Dusun Bayu

Tuesday, August 31, 2010

PERHATIAN!!! Untuk Peserta Peraduan Raya Dalam Kenangan 2010

Salam...

Perhatian kepada peserta Peraduan Raya dalam Kenangan 2010...
Sila semak link anda...

Pastikan anda tersenarai...
Sekiranya tidak tersenarai, maklumkan kepada saya...

Dikemaskini pada: 3 September 2010 jam 9:59 malam

 http://atentiqa.blogspot.com/2010/09/contest-raya-dalam-kenangan.html(Terbaru)
http://zaujahafis.blogspot.com/2010/09/raya-dalam-kenangan.html(Terbaru)
 http://melodyiqfa.blogspot.com/2010/09/raya-dalam-kenangan_02.html(Terbaru)
http://sinarpelangipagi.blogspot.com/2010/09/peraduan-raya-dalam-kenangan-2010-raya.html(Terbaru)
http://cahayawanita.blogspot.com/2010/09/raya-dalam-kenangan.html(Terbaru)
http://lelord-mamanajlaa.blogspot.com/2010/09/peraduan-raya-dalam-kenangan.html(Terbaru)
http://lieroseqiemi.blogspot.com/2010/09/peraduan-raya-dalam-kenangan-2010.html(Terbaru)
http://deeliraz.blogspot.com/2010/09/peraduan-raya-dalam-kenangan-2010.html(Terbaru)
http://ssasliza-contest.blogspot.com/2010/09/raya-dalam-kenangan.html(Terbaru)
http://inniqmal.blogspot.com/2010/09/raya-dalam-kenangan.html(Terbaru)
http://shahzurahabib.blogspot.com/2010/09/peraduan-raya-dalam-kenangan-2010.html(Terbaru)
http://nettskerepek.blogspot.com/2010/09/peraduan-raya-dalam-kenangan-2010.html(Terbaru)
http://anneraini.blogspot.com/2010/09/raya-dalam-kenangan.html(Terbaru)
http://papamamadeq.blogspot.com/2010/09/raya-dalam-kenangan.html(Terbaru)
http://hayworlds.blogspot.com/2010/09/contest-raya-dalam-kenangan.html(Terbaru)

Kepada blogger-blogger lain yg ingin menyertai peraduan ini, silalah sertai segera kerana peraduan ini akan tamat pada 4  September 2010...


Keputusan pemenang peraduan ini akan diumumkan pada
6 September 2010 bersamaan 27 Ramadan 1431H

Sekiranya hendak menyertai peraduan ini, klik butang PERADUAN RAYA di bahagian menu di atas...

Atau


Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yg menyertai peraduan ini...

 Sekian, harap maklum...

~~~...Jom sertai sekarang...~~~

Selamat Hari Kemerdekaan Yg Ke-53

Salam...

Alhamdulillah...
Betapa bertuahnya kita dapat tinggal di negara yang aman sentosa ini...
Tanpa peperangan di sini sana...
Tanpa bermandikan peluru seperti di Palestin...

Hargailah kemerdekaan yg telah kita kecapi...
Saya berasa agak terkilan dengan sesetengah rakyat Malaysia yg dengan lantang cuba menimbulkan perbalahan di antara satu sama lain...

Saya sangat terkilan kerana ada juga yg bertindak sebagai pembelot atau tali barut yg menjadi talam dua muka yg sanggup menggadaikan maruah bangsanya sendiri...

Ingin sekali saya meletakkan link blog pembelot itu di sini...
Tapi, saya malu dengan bangsa saya sendiri...

Saya hanya berharap dan berdoa suatu hari nanti dia akan insaf dan kembali ke pangkal jalan...
Sedarlah wahai saudara...
Tali barut akan menerima balasannya...
Kau sanggup menggadaikan maruah bangsa...
Malah sanggup menggadaikan kesucian agama Islam...
Itu yang membuatkan saya terkilan...
Sedih sangat dengan anak bangsaku ini...

Sempena Hari Kemerdekaan Yg Ke-53 ini saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sama-sama mempertahankan kemerdekaan negara kita...

 (Sumber gambar: Encik Google)

  (Sumber gambar: Encik Google)

1 Malaysia Menjana Transformasi

Salam Kemerdekaan daripada saya & keluarga...

MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA...

~~~...Saya anak merdeka...~~~

Monday, August 30, 2010

PENGUMUMAN: Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Ke-34

Salam...

Salam Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia...
Hanya beberapa jam sahaja lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yg Ke-53..

Untuk entri kali ini, Poet Dusun Bayu hendak membuat pengumuman...
Anda semua sudah tahukan apa pengumuman yg saya hendak buat...
Hehe...


Pengumuman ini khas kepada semua bakal graduan Universiti Putra Malaysia yang akan bergraduat pada bulan Oktober ini...

PENGUMUMAN

Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Ke-53.

Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-34 akan diadakan di Pusat
Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM pada:

Tarikh : 09 hingga 13 Oktober 2010
Hari : Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu (10 sesi)

Graduan boleh menyemak sebarang maklumat dari semasa ke semasa mengenai Majlis
Konvokesyen termasuk susunan graduan mengikut program dan sesi (klik sini untuk melihat susunan graduan mengikut program dan sesi) melalui laman web rasmi Bahagian Akademik: 

 Maklumat penting secara ringkasnya.

TARIKH-TARIKH PENTING
09 hingga 13 Oktober 2010

02 - 07 Oktober 2010 
Tarikh meminjam pakaian akademik bagi graduan
Ijazah Bacelor dan Diploma di Kompleks
Akademik Pusat, UPM.

06 Oktober 2010 (Rabu)
(bermula jam 9.00 pagi)
Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen di Pusat
Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah, UPM bagi graduan yang ditetapkan
menerima skrol pada Sesi 1, 2, 3, 4 dan 5.
(Kaunter pinjaman pakaian akademik akan
ditutup sementara pada sebelah pagi untuk
Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen.
Kaunter hanya akan dibuka kembali pada jam
2.15 petang sehingga 4.30 petang).

07 Oktober 2010 (Khamis)
(bermula jam 9.00 pagi)
Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen di Pusat
Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah, UPM bagi graduan yang ditetapkan
menerima skrol pada Sesi 6, 7, 8, 9 dan 10.
(Kaunter pinjaman pakaian akademik akan
ditutup sementara pada sebelah pagi untuk
Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen.
Kaunter hanya akan dibuka kembali pada jam
2.15 petang sehingga 4.30 petang).

09 – 13 Oktober 2010
Majlis Konvokesyen di Pusat Kebudayaan dan
Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM.
(Graduan berkumpul di tempat letak kereta, Pusat
Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah UPM) mengikut sesi dan masa yang
ditetapkan.

09 – 17 Oktober 2010
Tarikh memulangkan pakaian akademik dan
mengambil skrol/transkrip (Ijazah Bacelor dan
Diploma) di Kompleks Akademik Pusat, UPM
sebelum 4.15 petang.

Mulai 18 Oktober 2010
Pemulangan pakaian akademik dan pengambilan
skrol/transkrip adalah bertempat di Bahagian
Akademik, Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran, UPM.
Denda akan dikenakan kepada graduan yang lambat
memulangkan pakaian akademik (para 4.6
Pemulangan Pakaian Akademik adalah berkaitan).

Itulah maklumat secara ringkas yg saya hendak kongsikan...
Sekiranya hendak maklumat yg lebih lanjut, sila layari

 Mesti mak ayah saya bangga...Hehe... (Sumber gambar: Encik Google)

Untuk maklumat sahabat-sahabat blogger yg disayangi....
Saya akan bergraduat pada
12 Oktober 2010 (Selasa)
Sidang 8
Sesi Petang

Jemputlah datang...
Bawa bunga sekali...
Hehe...

Selamat bergraduat kepada semua graduan UPM...
Selamat bergraduat kepada sahabat-sahabat saya...
Selamat bergraduat kepada saya...

Tahniah kepada anda semua...

Sekian...

~~~...Tahniah semua yg akan bergraduat..~~~

Adakah Aku Harus Berhenti Di Sini

Salam...

"Sukar untuk aku luahkan apa yg terpendam di hatiku ini...
Dua malam berturut-turut wajahmu hadir dalam tidurku...
Mungkinkah itu satu petunjuk...
Atau mungkin juga hanya mainan perasaanku...

Atau...

Aku harus berhenti di sini..."

Senyumanku menyimpan 1001 makna...

Sekian...

~~~...Mungkin tiada lagi...~~~

Di Mana Sinar Ku Cari

Salam...

Salam kemerdekaan kepada semua...
Untuk entri kali ini Poet Dusun Bayu ingin kongsikan sebuah hasil nukilan saya 3 tahun yg lepas...
Semasa bulan ramadan kalau tidak silap saya...
Sajak ini saya buat selepas solat subuh di kamar 150 Blok Murni, Kolej Canselor...
 
Saya kongsikan dengan sahabat-sahabat yg di sayangi...
Semoga sahabat-sahabat faham apa yg cuba saya sampaikan...
 
 (Sumber gambar: Encik Google)

DI MANA SINAR KU CARI

Bagaimana harusku lalui
Perjalanan yang berliku-liku ini?
Mencari sinar-Mu
Tuhan yang Maha Esa.

Ku serah kepada-Mu
Sinar kebahagiaanku
Laluku duduk pilu
Berserah pada-Mu.

Ya Allah,
Berikanlah aku hidayah-Mu
Agar aku bisa lalui hidupku
Sebagai hamba-Mu.

Di dunia yang fana ini
Kasihku kecapi
Mencari segumpal hati
Yang tenang dan abadi.

Hilang di mataku
Tetap di hatiku
Hanya Kau satu
Yang Maha Agung.

Ya Allah,
Ku mohon sinar-Mu
Untuk menerangi gelap hidupku
Agar bisa aku
Teruskan pencarianku
Mencari segumpal hati yang suci
Tenang dan abadi.

Azwandy Muhamad
150 Murni, KC.

 (Sumber gambar: Encik Google)

Itulah sajak yang saya hendak kongsikan dengan sahabat-sahabat...
Mungkin juga sesuai untuk 10 malam terakhir ramadan ini...
Mudah untuk memahami apa yg saya cuba sampaikan...
Sekian dulu untuk kali ini...

~~~...Ada lagi sebuah sajak yg sangat bermakna bagi saya...Huhu...~~~

Sunday, August 29, 2010

Sotong Kuritaku sudah...

Salam...

Salam kemerdekaan kepada sahabat-sahabat blogger yg disayangi...
2 hari saja lagi kita semua akan menyambut hari kemerdekaan yg ke-53...
Alhamdulillah... Hari ini sudah 19 Ramadan...
Lebih kurang 10 hari saja lagi syawal pula menjelma...
Lagu raya juga sudah mula berkumandang di radio...
Orang ramai sudah mula membeli keperluan untuk menyambut hari lebaran...
Anda macam mana?
Sudah beli baju raya ke belum?
Hehe...
Hari ini, saya rasa sedih sangat...
Nak tahun tak kenapa?

Sebabnya, sotong kurita saya sudah mati...
Huhu...
Setelah 6 hari membelanya, pagi tadi sotong kurita yg belum lagi diberi nama itu telah mati...
Saya pun tidak tahu apakah punca kematiannya...
Mungkin juga kerana tahap kemasinan air yg tidak sesuai dengannya...
Mungkin juga sebab kebosanan...
(Bosan sbb dok sekor-sekor...)

Ini adalah antara gambar sotong kurita saya selepas kematiannya...
Huhu...

Inilah sotong yg saya maksudkan...

Tak dapat nak tengok sotong ni main pancut-pancut air lagi..Huhu...

Saya nak bela sotong ni lagi...

Yang pastinya memang seronok membela sotong kurita ini...
Sotong kurita ni unik sangat...
Ada masanya aktif sangat...
Ada masanya menyorok je...
Ada masanya main pancut-pancut air...
Tu yg seronok tu...
Huhu...

Tapi, sekarang sudah tidak dapat melihat lagi semua tu...
Rasa-rasanya saya nak bela lagi sotong kurita...
Kali ni saya nak jaga betul-betul...

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yg beritahu apa makanan sotoong kurita ni...
Maaflah sebab tak dapat nak jaga sotong ni betul-betul...
Huhu...

Lepas ni saya cari sotong ni lagi...
Saya akan jaga baik-baik...

"Mr. Q jom join aku bela sotong kurita...Hehe...Tiba-tiba teringat ikan belida ko dulu..
Mati masa bulan puasa gak...
Masa sahur plak tu...Huhu..."

Sekian dulu untuk kali ini...

~~~...Mana nak cari sotong kurita ni lagi eh...?Huhu...~~~

Saturday, August 28, 2010

Saya Sudah Dapat Buffered Earning... Nuffnang...! Terima kasih...!

Salam...

Alahamdulillah...
Hari ini sudah masuk 18 Ramadan...
Mudah-mudahan kita semua akan dirahmati oleh-Nya & dilimpahkan dengan rezeki yg banyak...

Kepada yg hidup senang, jgn dilupa pada yang kurang berkemampuan...
Amalan bersedekah dilupus jangan...

Entri kali ini Poet Dusun Bayu hendak mengucapkan

TERIMA KASIH

kepada

NUFFNANG



kerana Poet Dusun Bayu telah dapat

BUFFERED EARNING

Alhamdulillah... Rezeki bulan ramadan...
 Tidak sia-sia usaha & kesabaran saya...
Kalau kita berusaha, InsyaAllah kita akan dapat apa yg kita mahukan...
Hehe...

Sebelum ini Poet Dusun Bayu pernah dapat BE juga rasanya...
Tapi, masa itu belum tahu lagi apakah sebenarnya BE...

Inilah Buffered Earning saya sekarang...Hehe...

Sebab itulah banyak METERED EARNING yg Poet Dusun Bayu dpt...
Rupa-rupanya ME itu BE yg sudah tamat tempoh iklannya...

Apa-apa pun, sekarang ini Poet Dusun Bayu sudah tahu apakah itu BE...

Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yg membantu saya...

Terima kasih juga kepada semua blogger yg singgah & komen di Poet Dusun Bayu ini...

Sayang kamu semua...

Hehe...

Adios...

~~~...Harap-harap dpt lebih banyak lagi BE lepas ni...~~~

Sotong kurita makan apa?

Salam...

Sahabat-sahabat...
Saya perlukan pertolongan...
Sesiapa yg tahu apa makanan sotong kurita boleh ke tidak beritahu saya...
Sebab saya sedang membela seekor sotong kurita...
Sotong kurita ini abang saya dapat semasa dia pergi ke laut dua hari yg lepas...
Sotong kurita ini kecil lagi...
Tapi sangat comel sebab tangannya yg banyak & panjang itu...
Hehe...

Jadi sekarang ini saya tidak tahu apa makanan sotong kurita...
Saya sudah beri sotong kurita tu makan isi udang...
Tapi, sotong tu belum lagi menjamah isi udang yg saya berikan...
Sesiapa yg tahu tolong maklumkan kepada saya k...
Ini bukan sotong kurita saya... (Sumber gambar: Encik Google)

Sotong kurita saya macam ni la...(Sumber gambar: Encik Google)

Saya takut sotong kurita tu mati...
Huhu...

~~~...Nanti saya uploadkan gambar sotong kurita tu...~~~

Friday, August 27, 2010

Di Manakah Semangat Kemerdekaan Kita?

Salam...

Salam Nuzul Al-Quran kepada sahabat-sahabat blogger yg disayangi...
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yg ke-53...
Pada tahun ini, tema yg dipilih ialah

1 Malaysia Menjana Transformasi

(Sumber gambar: Encik Google)

Alhamdulillah, sudah 53 tahun negara kita merdeka..
Namun sejauh manakah kefahaman rakyat negara kita mengenai erti kemerdekaan ini...
Tepuk dada tanya minda...

(Sumber gambar: Encik Google)

Persoalan yang saya hendak kongsikan bersama-sama sahabat semua...
Di manakah letaknya semangat kemerdekaan kita?

Adakah dengan menyambut detik jam 12 tengah malam pada 31 Ogos setiap tahun...?
Adakah dengan mengibarkan bendera di rumah, kereta, motosikal, lori, bas, kapal terbang dan sebagainya..?
Adakah dengan melaungkan "Merdeka" sahaja...?
Atau hanya duduk diam membisu seribu bahasa..?

 (Sumber gambar: Encik Google)

Seharusnya kita semua bersyukur kerana negara kita aman sentosa...
Tanpa peperangan di sini sana...
Anak-anak bebas bermain riang ria...
Ibu bapa senang bekerja menyara keluarga...
Negara makmur rakyat bahagia...
Menimba ilmu mencurah jasa...
Hanya di negaraku Malaysia tercinta...

 
 (Sumber gambar: Encik Google)

Saya rasa semangat mengibarkan jalur gemilang untuk kemerdekaan pada tahun ini agak kurang berbanding tahun-tahun sebelum ini...

 (Sumber gambar: Encik Google)

 (Sumber gambar: Encik Google)

Sangat susah untuk melihat jalur gemilang dikibarkan  pada kenderaan mahupun di rumah...
Ada yang memberi alasan bahawa bulan kemerdekaan ini disambut bersama-sama dengan bulan ramadan...
Adakah salah untuk mengibarkan jalur gemilang semasa bulan puasa ini...?

 Anugerah Selamat Hari Kemerdekaan daripada Mia

Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang

(Sumber gambar: Encik Google)
 
Adakah anda tahu makna warna & lambang yang ada pada jalur gemilang ini...?

Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri:
  1. Johor
  2. Kedah
  3. Kelantan
  4. Melaka
  5. Negeri Sembilan
  6. Pahang
  7. Pulau Pinang
  8. Perak
  9. Perlis
  10. Sabah
  11. Sarawak
  12. Selangor
  13. Terengganu
  14. Kerajaan Persekutuan
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima  melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

 Inilah pencipta Bendera Malaysia... (Sumber gambar: Encik Google)

 Marilah kita bersama-sama mempertahankan kemerdekaan negara kita...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 
YG KE-53
daripada

POET DUSUN BAYU 
 
~~~...Salam Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam...~~~

Thursday, August 26, 2010

Cik Pijuk Membuatkan Saya Terharu

Salam...

Selamat petang & salam kemerdekaan kepada sahabat-sahabat blogger yg disayangi...
Hari ini sudah 16 ramadan...
Syukur alhamdulillah... Saya masih diberi kesempatan & kekuatan untuk mengharungi bulan yg mulia ini...
Walaupun beberapa hari tidak berapa sihat, saya berjaya juga meneruskan ibadah wajib bagi umat Islam ini...

Untuk entri kali ini, Poet Dusun Bayu ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada


kerana telah membuatkan saya terharu...
Anda semua nak tahu tak kenapa saya terharu...?

Sebabnya ialah....

Cik Pijuk telah membuat sesuatu yg sangat cantik & kreatif untuk saya...
Tengoklah apa yg Cik Pijuk buat untuk saya...
Hehe...

Ini langkah yg pertama...

Ini langkah yg kedua...

Ini pula langkah yg ketiga...

Inilah hasilnya... Cantik tak?

Cantikkan...? Cik Pijuk mmg kreatif...Hehe...

Itulah hadiah daripada Cik Pijuk yg membuatkan saya terharu...
Hehe...
Kata Cik Pijuk dia bagi hadiah ini sebagai tanda penghargaan sebab saya selalu menjenguk blog dia...

Jadi, sekiranya sahabat-sahabat nak juga Cik Pijuk buatkan untuk anda, selalu la singgah di blog dia...
Hehe...

Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi untuk Cik Pijuk...
Saya hargai pemberian awak ni...

Sekian...

~~~...Lepas ni nak buat tag yg Cik Arisa bagi pula...Hehe...~~~

Wednesday, August 25, 2010

Bonus Duit Raya RM 500 Untuk Kakitangan Kerajaan & Pesara Kerajaan

Salam...

Alhamdulillah...
Hari ini sudah masuk 15 ramadan...
Sudah separuh ramadan telah dilalui...
Marilah kita meningkatkan lagi amalan pada bulan yg mulia ini...

 Akhirnya dapat juga bonus...(Sumber gambar: Enck Google)

Alhamdulillah juga, untuk Hari raya tahun ini, kerajaan Malaysia telah bersetuju memberikan 
BONUS DUIT RAYA 
sebanyak
RM500.00
kepada kakitangan kerajaan & pesara kerajaan...
Macam saya pula yg kerja...Hehe...

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan.

Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. - BERNAMA


Alhamduillah...Dpt juga bonuskan...? (Sumber gambar: Encik Google)
Bonus duit raya ini bertujuan untuk meringankan beban kepada kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan sempena hari raya yang akan disambut tidak lama lagi...

 Mak ayah bolehlah bagi duit raya kat anak-anak..Hehe... (Sumber gambar: Encik Google)

Kepada kawan-kawan saya yg kerja kerajaan, bolehlah belanja saya...Hehe...
Duit raya juga...

~~~...Jom pegi terawih...~~~

Tuesday, August 24, 2010

Anda Nak Tahu Laptop @ Komputer Anda Lelaki @ Perempuan?

Salam...

Selamat petang kepada sahabat-sahabat blogger yg disayangi...
Alhamdulillah, hari ini sudah 14 Ramadan...
Boleh dikatakan sudah separuh Ramadan telah dilalui...

Baiklah, bebalik semula kepada tajuk entri kali ini...
Saya pasti ada yg sudah tahu mengenai kaedah ini...
Poet Dusun Bayu pun tahu mengenai kaedah ini setelah menerjah blog


Terima kasih kepada beliau kerana memperkenalkan kaedah ini...Hehe..
Kepada sesiapa yg belum tahu lagi kaedah ini, jom saya tunjukkan cara
macam mana nak tahu laptop atau komputer anda lelaki atau perempuan...?

 (Sumber gambar: Encik Google)

Buka 'Notepad'
Copy and Paste perkataan dibawah
CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

Selepas itu save as file notepad itu dan letak tajuk i love u.vbs

Kemudian save kan dan klik pada file tersebut. Anda akan mendengar suara daripada laptop atau komputer anda. Anda dengar suara lelaki atau perempuan?


Itulah caranya... 
*ayat I Love You juga boleh diubah jadi I Hate You, I Miss You, I Rindu Kamu, Saya Rindu Kamu...
Tapi, tajk file kena tukar juga...
Poet Dusun Bayu sudah cuba...Hehe...

Laptop saya keluar suara lelaki... Jadi, lelakilah jantinanya...Hehe...
Anda pula macam mana...?

 (Sumber gambar: Encik Google)

 ~~~...Apa menu berbuka puasa petang ini..?~~~

Monday, August 23, 2010

Jom Uji Mata Anda

Salam...

Untuk enrti kali ini, Poet Dusun Bayu hendak memberi amaran terlebih dahulu...

AMARAN!!!

Ya, amaran...

1) Sesiapa yg menghidap penyakit migrain jgn cuba untuk menguji mata anda...
2) Pastikan anda seorang yg penyabar...
3) Pastikan anda berada ditempat yg sejuk...Tak pun ada kipas kat sebelah...Hehe...
4) Jangan cepat mengalah sekiranya gagal utk kali pertama...
5) Kalau sakit mata, jangan salahkan saya...

Itu adalah antara amarannya...
Ada sebab mengapa saya memberi amaran kepada sesiapa yg ingin mencuba menguji mata anda...

3D Stereogram

Pernahkah anda mendengarnya atau membaca mengenainya?
Apakah 3D Stereogram...?

Secara ringkasnya Stereogram adalah suatu ilusi optik kedalaman yang biasanya diamati dengan membiarkan mata untuk fokus di belakang gambar (berbeza), atau kadang-kadang di depannya. Maknanya anda boleh melihat gambar 3D tanpa menggunakan cermin mata 3D itu.
Hebatkan mata kita...?

Sebelum itu, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Affiq Muhammad kerana memperkenalkan 3D Stereogram ini kepada saya...

 Mula-mula memanglah agak payah & sakit mata dibuatnya. Maklumlah rasa ingin tahu yg kuat telah menyebabkan saya tidak putus asa mencari apa yg ada di dalam gambar yg diberikan... Pening kepala pun ada nak tengok benda ni...Huhu...
Badan pun berpeluh-peluh sbb nak tengok punya pasal..
Sbb itulah saya memberi amaran terlebih dahulu...
Sebelum anda mencubanya...

Tanda membuang masa, jom kita tengok gambar 3D yang pertama ini...
Saya akan membantu & memberitahu cara-cara untuk melihat gambar ini...

Kalau anda perhatikan gambar ini, memanglah gambar corak abstrak...
Tapi, sebenarnya ada imej ikan lumba-lumba dalam gambar ini.
Baiklah, cara untuk melihat imej yg terdapat dalam gambar ini ialah:
1) Rapatkan mata & muka anda ke skrin laptop @ komputer anda untuk melihat gambar tersebut. (Jangan sampai mencium skrin laptop @ komputer anda pula)
2) Pastikan pandangan anda kabur melihat gambar tersebut.(Jangan julingkan mata anda k...)
3) Kemudian tarik muka anda perlahan-lahan daripada gambar tersebut tetapi tahap kekaburan masih lagi dikekalkan...
4) Secara perlahan-lahan anda akan nampak imej yg terdapat di dalam gambar tersebut.
Selamat mencuba kepada anda...

Jom tengok gambar yang lain pula.

Imej: Kapal terbang

Imej: Kamera DSLR

Imej: Kepala Naga

 Imej: Kuda

Imej: Singa

Imej: Love

Imej: Kala jengking

Imej: Jerung

Imej: Tupai

Macam mana?
Anda dapat tengok tak imej yg terdapat dalam gambar tersebut?
Pastinya anda setuju dengan amaran yg saya beritahu di ataskan...?
Hehe...

Kalau anda nak tengok lebih banyak gambar 3D Stereogram ni, bolehlah cari di Google...

Anda juga boleh membuat imej 3D anda sendiri...
Contohnya seperti berikut...

Nampak tak imej yg ada dalam gambar ini...?
Kalau nampak, sila beritahu saya apa yg anda nampak...?
Hehe...

Kalau nak buat imej mcm itu klik sini 3D Stereogram

Mesti mata anda semua dah lenguh & terpina-pinakan?
Rasa-rasanya ada kesan sampingan ke tidak eh...?
Huhu...
Takut juga ada kesan sampingan terhadap mata kita ni...Huhu...

Sekian... 

~~~...Terpina-pina & sakit plak kepala ni...Huhu... Kesan sampingan ke...?Huhu...~~~

Poet Dusun Bayu Dapat "Blogwalking Award"

Salam...

Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yg singgah & meninggalkan jejak di Poet Dusun Bayu ini...
Hari ini sudah masuk 13 ramadan..
Semoga kita semua sentiasa diberikan kekuatan untuk mengharungi bulan yg penuh dgn keberkatan ini...

Alhamdulillah...
Kali ini Poet Dusun Bayu dapat anugerah lagi...
Anugerah tersebut ialah:

"BLOGWALKING AWARD 2010"

Anugerah ini telah diberikan oleh junior saya di Kolej Canselor...
Sudah dua anugerah dia beri kepada saya...
Tidak sia-sia saya berjalan-jalan ke blog sahabat-sahabat...

Inilah anugerah yang dimaksudkan...

Inilah anugerahnya...

Terima kasih kepada zalin si pemilik


Kerana memberikan anugerah ini kepada saya...
Saya berharap anugerah ini akan menjadi pendorong kepada saya untuk berblogging...
Hehe...
(Dah macam ucapan anugerah bintang poplar plak..)

Syarat penerima anugerah ini kena jawab beberapa soalan.
Soalannya ialah:

Soalan 1
Apakah yang bermain difikiran anda sekarang?
Bila la selesema ni nak sembuh...Huhu...

Soalan 2
Apakah nama samaran anda?
Ahli keluarga saya panggil saya Poet...
Ada juga kawan-kawan yg panggil Poet...
Ada juga yang panggil Wandy...
Nama floor masa di Kolej Canselor Openg...
Anak saudara panggil Pak Mok...
Hehe...

Soalan 3
Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
Mestilah mak, bapak & ahli keluarga saya...
Lebih 3 orang dah tu...Hehe...
Campur dengan anak-anak saudara lagi...
Kawan-kawan lagi...
Hehe...

Soalan 4
Panggilan untuk si dia?
Siapa si dia yg dimaksudkan eh???
Soalan ni subjektif sangat...
Hehe...
Jadi, saya tak ada jawapannya...

Soalan 5
Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
Saya harapkan hati yg suci, jujur & menyayangi saya sepanjang hayat saya...
Tiba-tiba nak sedih plak...Huhu...

Soalan 6
Blog mana yang anda selalu lawat?
Blog yang saya wajib & selalu singgah ialah

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker