Sahabat@Dusun Bayu

Friday, August 27, 2010

Di Manakah Semangat Kemerdekaan Kita?

Salam...

Salam Nuzul Al-Quran kepada sahabat-sahabat blogger yg disayangi...
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yg ke-53...
Pada tahun ini, tema yg dipilih ialah

1 Malaysia Menjana Transformasi

(Sumber gambar: Encik Google)

Alhamdulillah, sudah 53 tahun negara kita merdeka..
Namun sejauh manakah kefahaman rakyat negara kita mengenai erti kemerdekaan ini...
Tepuk dada tanya minda...

(Sumber gambar: Encik Google)

Persoalan yang saya hendak kongsikan bersama-sama sahabat semua...
Di manakah letaknya semangat kemerdekaan kita?

Adakah dengan menyambut detik jam 12 tengah malam pada 31 Ogos setiap tahun...?
Adakah dengan mengibarkan bendera di rumah, kereta, motosikal, lori, bas, kapal terbang dan sebagainya..?
Adakah dengan melaungkan "Merdeka" sahaja...?
Atau hanya duduk diam membisu seribu bahasa..?

 (Sumber gambar: Encik Google)

Seharusnya kita semua bersyukur kerana negara kita aman sentosa...
Tanpa peperangan di sini sana...
Anak-anak bebas bermain riang ria...
Ibu bapa senang bekerja menyara keluarga...
Negara makmur rakyat bahagia...
Menimba ilmu mencurah jasa...
Hanya di negaraku Malaysia tercinta...

 
 (Sumber gambar: Encik Google)

Saya rasa semangat mengibarkan jalur gemilang untuk kemerdekaan pada tahun ini agak kurang berbanding tahun-tahun sebelum ini...

 (Sumber gambar: Encik Google)

 (Sumber gambar: Encik Google)

Sangat susah untuk melihat jalur gemilang dikibarkan  pada kenderaan mahupun di rumah...
Ada yang memberi alasan bahawa bulan kemerdekaan ini disambut bersama-sama dengan bulan ramadan...
Adakah salah untuk mengibarkan jalur gemilang semasa bulan puasa ini...?

 Anugerah Selamat Hari Kemerdekaan daripada Mia

Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang

(Sumber gambar: Encik Google)
 
Adakah anda tahu makna warna & lambang yang ada pada jalur gemilang ini...?

Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri:
  1. Johor
  2. Kedah
  3. Kelantan
  4. Melaka
  5. Negeri Sembilan
  6. Pahang
  7. Pulau Pinang
  8. Perak
  9. Perlis
  10. Sabah
  11. Sarawak
  12. Selangor
  13. Terengganu
  14. Kerajaan Persekutuan
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima  melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

 Inilah pencipta Bendera Malaysia... (Sumber gambar: Encik Google)

 Marilah kita bersama-sama mempertahankan kemerdekaan negara kita...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 
YG KE-53
daripada

POET DUSUN BAYU 
 
~~~...Salam Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam...~~~

11 comments:

dayana said...

SALAM 1 MALAYSIA..
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN...
SEMOGA NEGARA MALAYSIA AMAN DAN SENTOSA..=)

Anonymous said...

merdeka!!!hehe

Azwandy Bin Muhamad said...

@dayana Salam merdeka...

Azwandy Bin Muhamad said...

@sue@p.l.e.i.a.d.e.s Merdeka...!

-✿ Ayu ✿- said...

sgt kecewa dgn rakyat Malaysia skng...
seolah2 x pnh bersyukur berada di bumi bertuah ni... tp tetap mengagungkn negara luar...
smpai bile kite nk jd setaraf dgn mereka klu bkn Malaysian sndiri x berjiwa Malaysian kn????
luv ur post~~~

PuanPepel said...

salam 1malaysia~~

Azwandy Bin Muhamad said...

@ayu... Btl...ada sebilangan rakyat kita yg tidak pernah bersyukur dgn kemerdekaan yg kita kecapi... perbalahan di sini sana... ada saja yg mahu memporak-perandakan bangsa... Thanks ye...

Azwandy Bin Muhamad said...

@mier@merr Salam 1malaysia utk kamu juga...

ciK LyndaWawa said...

selamat merdeka.....=)

Azwandy Bin Muhamad said...

@ciK LyndaWawa igUana Salam merdeka utk ktk juak...

cma said...

suke logo 1 Malaysia..sbb i pn ade gak hehe

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker