Sahabat@Dusun Bayu

Sunday, August 15, 2010

Tsunami Sungai Di Sarawak

Salam...

Anda percaya atau tidak kalau saya katakan bahawa terdapatnya ombak di sungai.
Seperti di sungai Amazon yang mempunyai ombak serta ikan pirana yang ganas, di Sarawak juga ada sungai yang berombak yang di kenali sebagai "benak".
Poet Dusun Bayu ada membuat entri cerpen cerita rakyat mengenai "Benak" ini dahulu.
Pesta Benak telah diadakan setiap tahun di Sri Aman, Sarawak.
Pesta ini merupakan salah satu tarikan pelancong di negeri Sarawak.

Untuk entri kali ini, Poet Dusun Bayu ingin kongsikan kejadian alam yang unik ini.

KEJADIAN ALAM ... Masyarakat Iban di sebuah kampung berhampiran Batang Lupar, Sri Aman, Sarawak menyaksikan kehadiran Benak ketika tinjauan foto BERNAMA sempena Pesta Benak 2010 pada 1 Mei lalu.
- Foto BERNAMA

Adakah anda berani meluncur ombak muara di Batang Lupar Sarawak?

SRI AMAN: Siapa agaknya yang berani menyahut cabaran menaiki papan luncur untuk melawan ombak muara di Batang Lupar Sarawak yang memang terkenal didiami sang buaya?

Bagi yang berani mencuba, mereka tidak perlu pergi jauh kerana di Sri Aman, 170km dari Kuching, aktiviti meluncur ombak muara atau 'benak' ini berpotensi menjadi satu daripada tarikan pelancong asing ke negara ini.

Walaupun masih belum diperguna sepenuhnya dalam industri pelancongan negara, luncur ombak muara di Batang Lupar Sri Aman diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dalam sukan ekstrem dan di dunia.

Setakat ini hanya seorang yang berani menyambut cabaran melawan 'benak' di sini. Beliau ialah warga Perancis Antony Colas, peluncur ombak tegar dan penulis World Stormrider Guide, buku panduan yang menyenaraikan lokasi terbaik aktiviti meluncur di seluruh dunia.

Kejayaannya dicipta pada Oktober tahun lepas. Tindakan berani Colas dilaporkan baru-baru ini di dalam edisi majalah Action Asia berpejabat di Hong Kong, sebuah majalah pengembaraan dan aktiviti lasak yang terkemuka.

"Ombak muara Sri Aman dianggap antara yang terbaik di dunia. Walaupun bukanlah sekuat dan menggerunkan seperti Pororoca di Brazil atau Guanchao di China, hempasan benak akan berlaku untuk selama beberapa jam dan ada kalanya menjulang setinggi lima kaki," katanya kepada Bernama melalui e-mel.

Inilah benak yg dimaksudkan...

Benak mampu mencecah setinggi 6 meter...

PELUNCUR

Katanya keadaan ini memberikan pukulan ombak yang baik bagi peluncur.

Menyambut baik penganjuran tahunan 'Pesta Benak' yang diadakan untuk mempromosi fenomena meluncur ombak muara Sri Aman, Colas menggesa supaya diwujudkan pakej khas pelancongan yang membolehkan pelancong meluncur di ombak muara yang akan diperkenal sama seperti yang dilakukan di Brazil dan Kanada untuk meningkatkan industri pelancongan di sini.

"Buaya muara boleh menakutkan peluncur ombak yang berminat tetapi isu keselamatan boleh ditangani dengan menggunakan bot penyelamat dan kenu yang digunakan untuk mengambil penumpang," katanya.

Dilancarkan pada 2001, Pesta Benak ini merupakan antara acara utama di dalam kalendar pelancongan Sarawak dan disambut bersama pesta sukan air, pertunjukan kebudayaan dan pameran kraf.

Pesta Benak tahun ini ialah dari 28 April hingga 2 Mei dan setiap tahun pesta ini menjadi semakin popular dan semua hotel penuh dengan tempahan sepanjang acara berlangsung.

TRADISI... Kelihatan para peserta pertandingan lumba benak bersungguh-sungguh di Tebingan Batang Lupar sempena Pesta Benak 2010.


OMBAK MUARA

Ombak muara biasanya berlaku pada hari ketiga dan ke-18 dalam kalendar Cina dan pada masa ini pemilik bot serta golongan remaja akan cuba melungsuri ombak gergasi setinggi lima kaki itu yang menghempas di tepian bandar Sri Aman.

Ombak muara merupakan ombak tinggi yang berpunca daripada pertembungan air pasang atau air pasang yang meluru ke muara sungai yang sempit dan ketinggian ombak muara bergantung kepada musim dalam sesuatu tahun itu, cuaca dan fasa bulan.

Fenomena ini diketahui berlaku di 66 lokasi di seluruh dunia termasuk tiga di Malaysia, satu daripadanya Sri Aman.

Walaupun aktiviti meluncur dengan papan luncur belum begitu popular dalam kalangan penduduk dan pelancong tempatan, usaha sedang dilakukan untuk meningkatkan promosi ombak muara di Sarawak.

Pegawai perhubungan awam Jawatankuasa Penganjur Pesta Benak Zaidi Sarkawi berkara perancangan sedang dibuat untuk meningkatkan infrastrukur pelancongan di Sri Aman bagi mengalu-alukan lebih ramai pelancong sama ada untuk datang menyaksikan pesta ini atau semata-mata untuk melihat hempasan ombak muara itu.

Di dalam perancangan ialah cadangan membina hotel bertaraf tiga bintang di Sri Aman serta kemudahan pejalan kaki sepanjang Kampung Hulu dan Hilir.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Pesta Benak tahun ini menyaksikan acara perlumbaan bot yang melungsuri di ombak muara. Satu pameran juga diadakan dan pesta ini dianggarkan menarik 5,000 pelancong ke Sri Aman.

Kelihatan seekor burung bangau terbang apabila kehadiran Benak setinggi 6.1 meter dari aras Laut Cina Selatan.

PENGINAPAN

Zaidi berkata Sri Aman mempunyai 11 buah hotel yang menawarkan 183 bilik standard hinggalah yang bertaraf VIP. Bagi mereka yang tidak berpeluang menginap di hotel, mereka memilih pakej inap desa.

"Sebuah jawatankuasa penginapan dan inap desa di rumah panjang dan kampung-kampung ditubuhkan untuk membantu mereka yang memerlukan penginapan," katanya.

Beliau berkata pelancong juga boleh tinggal di rumah panjang Iban yang berdekatan atau di Kampung Melayu yang menyertai pakej inap desa ini. - BERNAMA

Sumber: mStar

Kalau anda ingin melihat sendiri "benak" tersebut, datanglah ke Sarawak.

Sampai di sini dulu entri kali ini.

Adios...

~~~...Ada banyak lagi keistimewaan yg ada di negeri Sarawak.~~~

15 comments:

Anonymous said...

Insya-Allah, kalau ada kesempatan nak juga ke Sarawak. Dahsyat juga "benak" ni. Wandy pernah ke berbenak ni?

Azwandy Bin Muhamad said...

Kalau dekat sri aman ni sy blm tgk lagi...
Tapi, di kampung sy pon ade benak ni...
Tapi, x la sebesar n seganas kat sri aman... Org dulu2 ckp benak ni lagi ganas & besar.. Tapi, kepalanye dh kene pancung..Hehe...
Tu cerita rakyat la...

zahidah dihaz said...

even orang sarawak pun sik pernah tangga benak tok..huhuhuhuh....teringin juak nak tangga...

HaiDa HiDa said...

ahh, benak kena pancung?? benak tu kan ombak?? konfius jap..

menarik gak artikel ni.. sungai pun ada ombak kan.. rumah saya tepi sungai jer, takut gak kalau ada ombak mcm ni.. mampu mncecah 6 meter, tggi tu..

Azwandy Bin Muhamad said...

zahidah- Yakah..?bgs ktk nangga lak aih..g ktk sri aman...hehe...

Azwandy Bin Muhamad said...

Haida- Ha a..benak kena pancung..Hehe...
Tu cerita org dulu2...cerita rakyat...saya ade buat cerpen cerita rakyat ttg benak ni...
ombak ni berlaku sbb pertembungan arus sungai dgn laut...

Eynee said...

teringin nak pergi

ciK LyndaWawa said...

rumah kmk kat area sri aman koh...huhuhu.....

HaiDa HiDa said...

azwandi pun minat tulis cerpen?? hobi saya mmg tulis cerpen.. tpi dah lama x aktif.. sibuk ngan study..

Azwandy Bin Muhamad said...

Eynee- Ada rezeki lebih nanti dtg la ye...

Azwandy Bin Muhamad said...

cik Lyndawawa- Yakah...? Selalulah ktk g pesta ya...? Kmpg kmk kat spaoh...Hehe..

Azwandy Bin Muhamad said...

Haida- Yup, minat la jugak...Hehe...

Cik MaR said...

baru tau ape tu benak~~owh sungguh lemah=(

Azwandy Bin Muhamad said...

Cik_Mar- Baru tau eh?
xpe2...perkara baru...hehe...

qaisara said...

dah hampir 2thn dok swk baru tau ade sungai ombak,,tu pon sebab nenek sedara yg tnye kt mane ade sg berombak kt swk,,then kua lak iklan kt tv,,trus google...huhuhu

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker