Sahabat@Dusun Bayu

Sunday, September 19, 2010

Rakan Datuk Sosilawati Ditemui Mati Tergantung

Salam...

Alhamdulillah...
Dapat juga saya update blog hari ini...
Untuk entri kali ini, Poet Dusun Bayu ingin kongsikan satu berita daripada Kosmo Online...
Mungkin ada di antara anda yg sudah membaca mengenai berita ini...
Apa-apa pun, Poet Dusun Bayu ingin kongsikan juga...Hehe...

RAKAN SOSILAWATI DITEMUI MATI TERGANTUNG
BUKIT MERTAJAM - Seorang pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, 43, yang juga rakan Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam.

Kejadian itu disedari oleh anak bongsu Sarina yang berusia 16 tahun kira-kira pukul 8.30 pagi ketika masuk ke biliknya.

Bagaimanapun sehingga semalam polis masih mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menolak sebarang kaitan dengan unsur jenayah.
 Sumber gambar: Kosmo

Menurut anak sulung mangsa, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, ketika kejadian dia berada di Kuala Lumpur dan bergegas pulang sebaik mendengar mengenai berita kematian ibunya itu.

Tambahnya, sebelum ini ibunya pernah menyatakan rasa terkilan dengan nasib malang yang menimpa rakannya, Sosilawati yang dibunuh dengan kejam baru-baru ini.

"Ibu dan Datuk Sosilawati memang sudah berkawan lama kerana mereka sama-sama terlibat dalam bidang produk kecantikan dan sejak kebelakangan ini ibu sering memberitahu dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa Sosilawati," katanya.

Sumber: Kosmo

Macam-macam yang berlaku kebelakangan ini...
Huhu...

Takziah kepada keluarga arwah...
&
Al-fatihah kepada arwah...

~~~...Semoga pembunuh kejam Datuk Sosilawati dihukum sewajarnya...~~~

14 comments:

Mr. Asada said...

hurmm... pelik sungguh nk gantung diri.. isk..

Oda Willy said...

bunuh diri or dirinya dibunuh??

akuvision said...

Kematian rakan tidak menuntut untuk kita kufur dan melakukan sesuatu yang tidak patut seperti membunuh diri. Namun siapa kita untuk menilai apa sebenarnya yang berlaku, siasatan lanjut harus dibuat supaya memang betul tiada unsur jenayah yang berlaku

Ezao' Edogawa said...

mgkin kwn dioa ni pun ada kaitan dgn pmbunuhan kot? siapa tahu... mcm2 spekulasi tmbul.

ciK LyndaWawa said...

yarabi...
apa nakjadi dunia kinek tok....

suichi said...

rasa2 dia bunuh diri ke ek? alahai macam2 la zaman skrg nih~~

Azwandy Bin Muhamad said...

@ASaDa RyutaRo Pelik kn...?huhu...

Azwandy Bin Muhamad said...

@Lurunna Sy pon x pasti la lurunna...Huhu...

Azwandy Bin Muhamad said...

@akuvision Saya pon setuju siasatan lanjut perlu dilakukan...

Azwandy Bin Muhamad said...

@Ezao' Edogawa Sy pon x berani nak cakap ape... Macam2 kemungkinan boleh berlaku..

Azwandy Bin Muhamad said...

@ciK LyndaWawa igUana Yalah kak wa... Dunia akhir zaman bah...

Azwandy Bin Muhamad said...

@suichi Ntah la..sy pon x tau..Tunggu jela laporan polis...

Unknown said...

huah.... bru td jak baca news paper on Jumaat.. this lady mdh nasib baik dia x ikut sekali ngan Datuk.. nie dh mati gantung diri pulak.. hermmm mcm drama bersiri la pulak kes ne.. ermmm...

Azwandy Bin Muhamad said...

@Life Of My Lovely Family^_^ Tu la kan... Allah je yg tau apa yg berlaku sebenarnya...

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker