Sahabat@Dusun Bayu

Tuesday, September 21, 2010

Kenapa Lelaki Sanggup MATI Kerana CINTA?

Salam...

Walaupun saya sakit kepala...
Tapi, saya nak juga tulis entri ini...
Mesti anda tertanya-tanya kenapa saya menulis entri mengenai...

Kenapa Lelaki Sanggup MATI kerana CINTA...?

Pagi tadi saya ada terbaca berita mengenai seorang lelaki yang minum racun kerana ditinggalkan kekasihnya...
Dalam hati saya berkata, kenapa la lelaki tu sanggup minum racun sebab kena tinggal dgn kekasihnya...
Kenapa la nak bunuh diri...
Macamlah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ini...

Dan...

Kenapa perempuan itu tinggalkan dia...
Menurut sumber, lelaki itu ditinggalkan kekasihnya yg telah berjumpa dengan lelaki lain...
Hmm... Maknanya, perempuan tu ada lelaki lain la...
Tapi, kenapa lelaki tu sanggup minum racun hanya kerana kecewa ditinggalkan kekasihnya...?

Setakat yg saya tahu, bukan hanya kes lelaki yg minum racun ni sahaja yg berlaku...
Ada banyak lagi kes lelaki yg cuba membunuh diri kerana kecewa dengan tindakan kekasih yg meninggalkan mereka...

Ada yg sanggup terjun bangunan...
Ada yg sanggup terjun sungai...
Ada yg sanggup makan ubat terlebih dos...
Ada yg sanggup gantung diri sendiri...
Ada yg sanggup minum racun tikus...
Banyak lagi la...

Motifnya hanya kerana kecewa...

Persoalannya, kenapa mereka sanggup berbuat demikian...?

Pada hakikatnya, siapa yg tidak kecewa apabila cinta & kasih sayang yg disemai dimusnahkan dalam sekelip mata sahaja...
Apatah lagi perhubungan yg dibina sudah lama...
Ada yg bercinta sejak zaman sekolah lagi...
Keluarga masing-masing sudah mengetahui mengenai mereka dan berharap perhubungan mereka akan berkekalan...
Yang lebih mengecewakan lagi ada juga yg sudah merancang untuk berkahwin...
Malahan sudah hendak berkahwin...

Baru-baru ini saya ada terbaca mengenai seorang lelaki yang mengambil dadah sebagai "ubat" kecewanya...
Mungkin ada di antara anda yg sudah membacanya...
Lelaki tersebut merupakan seorang penjawat awam...
Diceritakan bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan beberapa hari sahaja lagi...
Segala persiapan majlis perkahwinan sudah dilakukan...
Kad jemputan juga sudah diedarkan...
Tetapi, dengan sekelip mata sahaja, bakal isterinya memutuskan hubungan mereka...
Siapa yg tidak kecewa dilakukan sebegitu rupa...
Yg pastinya keluarga mereka menanggung malu...
Segala persiapan yg telah dilakukan sia-sia sahaja...
Menurut lelaki tersebut, dia telah berhutang untuk mengatur segala persiapan perkahwinan itu...
Oleh sebab kecewa yg teramat sangat, dia mengambil jalan singkat dengan mengambil "ubat" pengubat kecewanya...
"Ubat" yg saya maksudkan ialah dadah jenis syabu...
Dalam seminggu dia akan menghabiskan RM2000 hingga RM3000 untuk meng"ubat" sakit kecewanya...
Hutang entah ke mana... Diri merana... Keluarga porak-peranda...
Huhu...

Apa perasaan bekas kekasihnya?
Mungkinkah dia puas dengan apa yg telah dia lakukan...?

Atau

Dia akan berkata "Pergi mampuslah lelaki macam tu...!"

Kenapa apabila segala persiapan perkahwinan sudah dibuat baru nak mintak putuskan hubungan...?
Hanya perempuan tu je yg tahu...
Huhu...

Apa perasaan anda sekiranya anda berada di tempat lelaki tersebut...?

Susah nak cakapkan?

Hmmm... Ada yg lagi dahsyat... Lelaki yg kecewa ini sanggup membunuh kerana kecewa...
Banyak juga kes ini berlaku...
Anda semua mesti mengetahuinyakan...?
Tak payah la saya nak nyatakan kat sini...

Saya bangkitkan semula persoalan saya...

Kenapa Lelaki sanggup MATI Kerana CINTA...?

Ada sesiapa yg boleh komen...
Hehe...

Tujuan saya buat entri ini bukan untuk merendah-rendahkan kaum saya...(Lelaki)...
Tidak juga untuk memburuk-burukkan kaum hawa...(Perempuan)...

Tapi, sekadar renungan bersama...

Kalau ada yg tak suka dengan entri ini, bagitahu saya...
Saya boleh terima...
Segala pendapat juga saya akan baca...
Hehe...

Sekian...

~~~...Saya rasa tak sedap hati la..Huhu..~~~

37 comments:

Seindah.Bidadari said...

sy pernah dengar klu putus cinta..sebenarnya lelaki lebih kecewa berbanding perempuan tp lelaki xtunjuk je sebb ego..xtahu betul atau x..mungkin wandy ada jawapannya..hehehe (^^)

Anonymous said...

salam

putus cinta bukanlah bermakna "warrghhh hidupku sudah berakhir tanpa kamoo..."

Jalanlah...cari yang lain atau jangan bercinta kalau tidak bersedia. TQ

Azwandy Bin Muhamad said...

@Bidadari Fiza Yup...saya akui... mmg lelaki x akan tunjukkan yg diorg kecewa giler sbb ego..Huhu... Tapi, ada juga yg tunjukkan... Contohnya, minum racun tu la...

ciK LyndaWawa said...

tapi laki banyak pembulak..owh..sakit hatinya bila laki pembulak..
suka mainkan perasaan ompuan..
mintak maaflah..
kitak pun laki...

kmk just padah apa yang bena jak bah...

Azwandy Bin Muhamad said...

@Aniza Wslm... Saya setuju dgn niza..hehe...

Azwandy Bin Muhamad said...

@ciK LyndaWawa igUana Xpa kak wa...kmk faham...Hehe...

Anonymous ® said...

agaknye disebalik kecewa putus cinta tu sebab byk dah berhabis duit gaknye..walau apepun x patut bertindak begitu.itu tindakan yng tidak waras.

LiFe KaMi said...

lelaki putus cinta sampai nk bunuh diri tu bkn namanya lelaki itu dah kategori aww nyah..
Gentle le skit, Akhir zaman ni pmpn lebih ramai, dah tentu tinggal kan tu bkn permpn yg kekal abadi dlm hati..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

my umi selalu pesan

kalau kawan dengan lelaki tu elok-elok jangan permainkan hati lelaki

takut lelaki berdendam

nanti jadi kes macam kena sihir, bunuh atau lain2 lg

Sophie Al-Yahya said...

hurm..perempuan pun ramai juga yg macam ni. Pendek kata,pegangan agama mereka kurang. Dan terlalu mengikut perasaan.huhu..

Azwandy Bin Muhamad said...

@Rizuan Ismail Agaknya la kn..hehe...
Betul tu..saya setuju...Thanks sbb komen...

Sophie Al-Yahya said...

chop! kenapa page awak bila view tak lama lepas tu keluar iklan Jentayu.com? then hilang terus website awk.huu..

Azwandy Bin Muhamad said...

@LiFe KaMi Yup... Skrg ni perempuan makin ramai... Pegi sorg, ada lagi yg menanti... Thanks bg komen...

Azwandy Bin Muhamad said...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr Betul tu... Jgn mainkan perasaan org... x kira la lelaki ke perempuan...
Mcm2 boleh berlak kn...huhu.. Thanks 4 ur komen k...

Azwandy Bin Muhamad said...

@Sophie Al-yahya Btl jugak tu...Pegangan agama kena kuat... Baru xde timbul rasa nak buat perkara yg bukan2... Thanks ye bagi komen...

Azwandy Bin Muhamad said...

@Sophie Al-yahya Tu la... mmbr sy pon ckp mcm tu... Sy pon x pasti kenape leh jd mcm tu... Rasanya kena hack lagi la...Huhu...

Oda Willy said...

kerana cinta badan binasa...haisshh

Azwandy Bin Muhamad said...

@Lurunna Macam lagu pulak..hehe...

Sophie Al-Yahya said...

dah xde.good2..

Intan Inn said...

erm mmg lelaki akan lebih kecewa bila cintanya ditolak...lelaki mmg ada ego yang tak ditunjukkan..tapi bila lelaki kecewa lebih teruk dari wanita..kerana lelaki tau apa yg dia nak dah dapat tapi terlepas terbang mcm tue jer...bukan niat perempuan nak mainkan perasaan lelaki tapi mesti ada sebab musabab yang hanya diri mereka yang tahu..hidup nie perlukan pengorbanan...kalau tak berkorban kita yg terkorban...sudahnya tangisanlah teman setia dan diantara tangis kita itu lambang cinta yang tak mungkin padam sampai bila-bila

Anonymous said...

salam..bukan berniat nak menyatakan siapa yg benar atau siapa yg salah..cuba kembali kepadaNya,mungkin kita mengerti kenapa cinta,hubungan yang dibina sekian lama putus tatkala masih tggl beberapa hari sebelum p'kahwinan..semua ni dalam lingkungan qada' dan qadar Allah..sbg manusia yg jadikan Islam sbg pegangan idup,kita kena yakin setiap yg b'laku adalah ketentuanNya dan ada hikmah di sebalik kejadian..percayalah,kita xkan tahu kenapa Allah timpakan hujan yang lebat hinggakan terbitnya pelangi yg cantik selepas huajn..maka,redha dengan segala ketentuanNya..tu yg utama..kpd sesiapa yg dikecewakan,redha ketentuan Allah..pasti ada yg lebih baik utk kita menanti kita...usaha,doa,tawakal..andai kita sentiasa berbuat baik,insyaAllah yg baik jugalah yg kita dapat..:) ~fariha~

Gen Fujita said...

bukan laki je, pompuan pun sama gak, cuma yg membezakan sejauh mana seseorang manusia tu mampu mengawal diri dari melakukan perkara gila

Gee said...

hadoiii..tu frust menonggeng-nonggeng abis ka azwandy...aiyaa..bunga bukan sekuntum, ikan bukan seekor d lautan..memang la kecewa but life still has to go on kan..lebih baik perbaiki diri dan tunjukkan pada ex dia yg dia leh dpt yg lebih baik dan berjaya dlm hidup..kan..kan

Unknown said...

salam, wow.. xsangka lak lelaki boleh bertindak sebegitu.. huhu
ingat kan wanita je yg sanggup buat bende cm tu..
Kepada sang lelaki, x yah la kecewa tu sampai nak bunuh diri.. dah lelaki kat dunia nie kurang.. nak bunuh diri lak.. chill man. hihi..

echaRierie said...

nice entry..XD XD

|| A r a W a n i || said...

salam tuan tanah..
kajian menunjukkan.
Ceh. Kajian menunjukkan pulak dah.
Lelaki memang akan suffer lebih bila break up dengan gfnya.
ni dr fadzilah yang ckp tau.
Sebab tuh, banyak kita dengar lelaki yg bunuh diri bla break ni.
tapi, bagi pendapat sy la kan..
iman kena kuat. Betul ckp ni. Xda iman, memang mati la. nak bunuh diri je keje. Xkira la pompuan ke llk ke. Dua dua iman kene kuat.
Fuhh.. Jaohkan lah dari kejdian bunuh bunuh diri ni..

Azwandy Bin Muhamad said...

@|| A r a W a n i || Wslm... Wah. ni berdasarkan kajian..hehe...ok2... Saya setuju... Iman kena kuat..hehe... Thanks bg pendapat.hehe...

Azwandy Bin Muhamad said...

@aesya_echa Nice eh entri ni?hehe.. Thanks eh...

Azwandy Bin Muhamad said...

@Sophie Al-yahya Thanks eh bgtau..hehe...

Azwandy Bin Muhamad said...

@Intan Inn Thanks 4 ur komen k...

Azwandy Bin Muhamad said...

@Anonymous Wslm... Sesetengah org tidak dapat menerima apa yg berlaku... Sehingga mereka bertindak di luar batas pemikiram mereka... Betul kata fariha tu... Andai kita berbuat baik... InsyaAllah, yg baik juga kita akan dapat... Thanks eh bg pendapat..

Azwandy Bin Muhamad said...

@Gen Fujita Betul tu.. Mereka yg bunuh diri ni mungkin tak fikir panjang...Huhu... Tnx bg komen...

Azwandy Bin Muhamad said...

@Gee Ni bukan frust menonggeng lagi dah.. Frust sampai mati ni..huhu...
Btl kata ge tu.. Bunga bukan sekuntum..
Mungkin ada lagi yg terbaik utk mereka kn... Thanks gee...

Azwandy Bin Muhamad said...

@Life Of My Lovely Family^_^ Wslm... x sangka eh..So, sekarang ni dah tau kn...Huhu...
Mungkin sebab diorg terlalu mencintai...Sbb tu la sanggup mati sbb x dpt hidup dgn kekasih diorg... Tnx drop komen k...

Kak Amy said...

salam...

Nice entry...

Berkenan tengok header blog awak..

Azwandy Bin Muhamad said...

@Amy Syaquena Wslm... Nice entry ke? Hehe.. Thanks k...

Hmm..bekenan dgn header blog ke bekenan dgn org dalam gambar header tu.hehe...

khairoljambli said...

Carilah CINTA yang sejati

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker