Sahabat@Dusun Bayu

Thursday, September 30, 2010

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMU DUGA PENGAMBILAN GURU SANDARAN TERLATIH (GST)

Salam...

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMU DUGA 
PENGAMBILAN GURU SANDARAN TERLATIH  (GST)

Urusan semakan ini adalah bagi calon-calon temu duga pada 2 hingga 6 Ogos 2010 sahaja.
Bagi calon-calon temu duga yang dijalankan pada 17-19 Ogos 2010, urusan pengemaskinian dan pemarkahan sedang dilaksanakan.

 Untuk menyemak keputusan temu duga anda, klik pada pautan di bawah...


Tahniah kepada yang berjaya...

Kepada yg tidak berjaya...

Anda boleh memohon untuk di temu duga lagi...


Klik pautan di atas untuk memohon...

Tarikh Permohonan : 1 September 2010 - 6 Oktober 2010
Permohonan dibuka kepada graduan pendidikan keluaran IPTA sahaja
Tarikh semakan temu duga dijadualkan pada 18 Oktober 2010 - 22 Oktober 2010

Bagi Komen Kat Blog Pun Boleh Dapat Award

Salam...

Selamat pagi kepada sahabat-sahabat blogger...

Percaya atau tak, dengan hanya memberi komen di blog saya dapat anugerah...?
Tak percaya?
Kena percaya juga...
Hehe...

Betul...
Saya tak tipu...
Nak tengok buktinya?

Baiklah...
Ini buktinya...

Inilah anugerah yg saya dapat...
Siap ada gambar saya lagi tu...
Hehe...

Klik link kat bawah ni kalau nak tgk entri penganugerahan anugerah ini...
Hehe...


Saya dapat anugerah ini kerana menurut 
Cik Punya Blog F_ARA_AINA989'S BLOG
saya berpemikiran LATERAL...

Nak tahu tak apa itu pemikiran LATERAL?
Dalam bahasa mudahnya berfikir di luar kotak...
Hehe...

Nak tahu tak entri mana yg saya komen sampai dapat anugerah ni...?
Hehe...

Klik kat sini k...

Mari UJI anda berfikir secara LATERAL atau tidak???

 Menurut Cik Empunya Blog tu juga, jawapan saya agak tepat...

Sebab tu la dia bagi anugerah ni kat saya..Hehe...

Terima kasih ye Cik Empunya Blog..

Hehe...

Adios...

~~~...Surat konvo tak sampai-sampai juga... Huhu... Esok saya akan terbang ke UPM... Warga KC, nantikan kehadiran saya..haha...~~~

Wednesday, September 29, 2010

Amaran Keras Daripada Nuffnang Kepada Peng "Click Fraud"

Salam...

Untuk perkongsian bersama...
Terutama kepada para nuffnanger...
Sila baca & fahami k...

Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd

 Terima kasih kepada Cik Nadia yg mengizinkan saya menyalin SURAT CINTA DARI NUFFNANG ni...

Sebelum ini Nuffnang sudah pun memberikan amaran kepada blogger-blogger yg klik iklan mereka & minta blogger lain klik iklan mereka...
Tapi, masih juga blogger-blogger berbuat demikian...
Maka, kali ini pihak nuffnang akan bertindak lebih tegas lagi...
Sekian...

~~~...Pastikan niat untuk berblogging tu bukan semata-mata untuk mengejar keuntungan sahaja...~~~

Kini Saya Menjadi Editor di 100penulis.com

Salam...

Untuk entri kali ini, Poet Dusun Bayu nak ceritakan mengenai 100penulis.com


Untuk pengetahuan semua, saya sudah menjadi salah seorang editor di 100penulis.com

100penulis.com merupakan laman blog yang menghimpunkan 100 orang editor yang terdiri daripada blogger tegar...Hehe...
Saya merupakan salah seorang editor di 100penulis.com
Kiranya saya ni pun blogger tegar la..hehe...
Blogger tegar ke?hehe...

Editor-editor di 100penulis.com akan bergilir-gilir membuat entri masing-masing...
Maka, tak perlulah nak berebut-rebut untuk poskan entri...

100penulis.com juga menjadi wadah untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama blogger...
Kunjungan ke 100penulis.com seolah-olah berkunjung ke 100 buah blog...
Pelbagai maklumat & entri yang menarik boleh didapati di 100penulis.com

Kepada anda yang belum menjenguk ke 100penulis.com
Silalah berkunjung ke sana k...
Hehe...

Sekian...

Tuesday, September 28, 2010

Lirik & Lagu Sungai Lui- Aizat (Video)

Salam...

Jom layan lagu baru Aizat...
Hehe..

Siapa yg tak tahu lirik lagu ni...
Poet Dusun Bayu sediakan lirik lagu Sungai Lui ni untuk anda..
Hehe...

Sungai Lui
(Aizat)

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

 Video Lagu Sungai Lui
(Aizat)


Bestkan lagu ni..Hehe...

Selamat mendengar k...

Adios...

~~~...Beberapa hari lagi nak ke UPM...~~~

Jejaka Ini Mencari Cinta?

Salam...

Hai sahabat-sahabat blogger sekalian...

Entri kali ini berkenaan dengan seorang jejaka yg sedang mencari cintanya...
Hehe...

Nak tahu tak siapa jejaka yg saya maksudkan...?

Sabarlah ye...

Anda semua akan tahu juga lepas ni...
Hehe...

Persoalannya...
Betul ke jejaka ini sedang mencari cintanya?

Siapa cintanya yg sedang dicari...?

Ke mana cintanya menghilang?

Adakah cintanya main sembunyi-sembunyi...?

Atau...

Ada apa dengan cintanya...?

Hehe...

Yang pastinya jejaka ini sedang mencari cinta...?

Cinta pada yang Esa...

Cinta pada Rasulnya...

Cinta pada agamanya...

Cinta pada keluarganya...

Cinta pada saudaranya...

Cinta pada sahabatnya...

Cinta pada si dia...

Eh... Kenapa tiba-tiba entri pasal cinta ni...?

Baru la saya perasan...
Hehe...

Jangan gelak k...
Jangan cakap saya jiwang pulak...
Nampak je saya mcm ni...
Tapi...
Dalam hati ada taman tau...
Huhu...

Berbalik semula pada jejaka yg sedang mencari cintanya...
Hehe...

Betul nak tahu ni...?

Tak menyesal...?

Betul...!

Baiklah...

Jejaka yg saya maksudkan ialah....
.
.
.
.
.

Inilah jejaka yg saya maksudkan...

Kenal tak siapa jejaka dalam gambar tu....?
Hehe...

Jangan tanya saya, saya pun tak kenal siapa mamat dalam gambar tu...
Hahaha...

Tapi, tgk mata dia mcm kenal la pulak..
Huhu...

Apa-apa pun, semoga jejaka ini akan menjumpai semula cintanya...
Hehe...

Sekian...

~~~...Mesti ada yg meluat baca entri ni... Tapi, ada aku kesah...Hahaha...~~~

Monday, September 27, 2010

Ke Mana Hilangnya Mood Berblogging Aku?

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat blogger yg disayangi?
Terima kasih kerana sudi singgah di Poet Dusun Bayu ni...
Saya selaku pemilik Poet Dusun Bayu nak mentak maaf sangat-sangat kepada sahabat-sahabat blogger sekalian kerana sejak kebelakangan ini, mood untuk berblogging saya semakin kurang...
Selepas kemalangan hari tu, saya dah jarang online...
Tidur pun dah awal sekarang ni...
Kalau dulu, tidur pkl 3-4 pagi...
Sekarang ni, sebelum pkl 12 tgh malam saya dah tidur...
Huhu...
Lengan & bahu kanan saya juga masih sakit sebab kemalangan hari tu...
Tapi, InsyaAllah, tidak ada apa-apa...
Sahabat-sahabat janganlah risau k...

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yg ambil berat & mendoakan keselamatan serta kesihatan saya...
Semoga kamu semua sentiasa sihat & gembira juga...
Hehe...

Sebenarnya saya pun tak tahu ke mana hilangnya mood berblogging saya...
Huhu...

Banyak yang saya nak kongsikan dengan sahabat-sahabat sebenarnya...
Tapi, macam ada kekangan yang menghalang untuk saya menulis....
Huhu...

Saya harap mood berblogging saya akan datang semula...
Hehe...

Sahabat-sahabat janganlah risau k...
Saya masih lagi menulis...
Masih lagi mengikuti perkembangan blog-blog sahabat semua...
Walaupun saya tidak meninggalkan jejak...
Tapi, saya ada singgah di blog sahabat-sahabat...
Betul ni...
Tak tipu...
Hehe...

Baiklah...
Sekian dulu untuk kali ini k...
Saya nak mencari mood berblogging saya semula...
Harap-harap akan jumpa secepat mungkin...
Hehe...

Adios...

~~~...Risau la, surat konvo tak sampai lagi...Huhu...~~~

Surat Konvo Belum Sampai

Salam...

Risau...
Huhu...

Surat konvokesyen saya belum sampai lagi...
Kawan-kawan saya sudah dapat surat konvo..
Saya je yg belum dapat lagi...
Huhu...

Jumaat ni dah nak terbang ke UPM...

Adoi...

Risaunya...

Huhu...

Harap-harap surat konvo saya sampai sebelum saya terbang ke UPM...

Saturday, September 25, 2010

Kemalangan

Salam...

Mesti sahabat-sahabat tertanya-tanya kemalangan apa yg menimpa saya...
Huhu...

Ceritanya bergini...

Tadi, semasa saya dalam perjalanan untuk mengambil adik saya...
Saya telah mengalami kemalangan...
Alhamdulillah... Saya selamat & cedera sedikit sahaja...

Kemalangan berlaku sebab saya mengelak dua buah motosikal yg berhenti secara mengejut di hadapan saya...
Saya rasa mereka berhenti mengejut kerana melihat polis trafik di hadapan...
Saya tidaklah menunggang motosikal dengan laju..
Tetapi, tindakan mereka memberhentikan motosikal mereka dengan mengejut dan salah seorang daripada mereka turun daripada motosikal tersebut telah menyebabkan saya mem"break" motosikal & cuba untuk mengelak mereka...
Kemalangan tu berlaku dengan pantas...
Sedar-sedar je saya & motosikal sudah berada di dalam longkang...
Agak dalam juga la longkang tu...
Syukur juga jatuh dalam longkang yang bertanah...
Kalau jatuh dalam longkang bersimen, mesti lagi teruk kecederaan saya...
Huhu...

Selepas terjatuh ke dalam longkang tu...
Saya bangun dan melihat 4 orang lelaki dengan 2 buah motosikal yg mereka tunggang...
Memang sah, merekalah yang menjadi punca saya kemalangan...
Setelah melihat saya bangun & membuka topi keledar, mereka semua lari tanpa menolong saya...
Saya sempat mendengar salah seorang daripada mereka berkata...
"Lari..Lari cepat..."

Memang saya geram sangat masa tu...
Dah la saya kemalangan sebeb mereka...
Jatuh dalam longkang yg dalam pulak tu...
Bukan nak tolong saya...
Bukan nak mintak maaf...
Tapi, diorg lari pulak...

Saya cuma cam motosikal yg diorg guna sahaja...
Nombor plat motosikal tu saya tak cam sebab tak jelas sangat...
Saya nampak QAR sahaja...
Motosikal Yamaha Ego...

Masa tu kenderaan lain memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat apa yg berlaku...
Yang geramnya bila saya dengar ada yg cakap bukan-bukan...
Cakap saya mabuk la... Saya lari dari polis la...
Bukan nak tolong saya...

Tak lama lepas tu saya mintak bantuan seorang polis trafik yg kebetulan berada di situ...
Polis trafik tu cakap ada pemandu lain beritahu dia apa yg berlaku...
Mungkin pemandu tu saksi masa kemalangan berlaku...
Dengan bantuan polis trafik tu, motosikal aku dapat di bawa naik semula...
Terima kasih sangat-sangat kepada polis trafik tu...

Alhamdulillah, saya tidak mengalami kecederaan...
Cuma sakit-sakit badan sedikit...
Motosikal yang aku tunggang juga tidak mengalami kerosakan...
Syukur sangat-sangat sebab aku jatuh dalam longkang tanah...
Huhu...

Saya tak dapat bayangkan kalau saya terjatuh ke dalam longkang yg bersimen @ berbatu..
Huhu..

Dah la nak konvo bulan depan...Huhu...

Syukur sangat-sangat sebab saya selamat...

Alhamdulillah...

Friday, September 24, 2010

PERHATIAN!!! Kepada Sahabat-sahabat Bakal Graduan Konvokesyen UPM Kali Ke-34

Salam..

PERHATIAN!!!

Kepada sahabat-sahabat bakal graduan UPM yg akan bergraduat 9 hingga 13 Oktober 2010...

Anda dikehendaki untuk menjawab dua survei iaitu:


Klik gambar untuk paparan lebih jelas...


Klik gambar untuk paparan lebih jelas...


Kedua-dua survei ini WAJIB diisi...

Dan 

Anda dikehendaki mencetak slip survei dan
slip tersebut hendaklah dibawa semasa pengambilan jubah...

Klik gambar untuk paparan lebih jelas...

Tengok kat kotak yg saya tulis PERHATIAN tu k...

Saya dah buat dah survei tu...
Cuma belum dicetak je lagi...
Hehe...
Sekian... Harap maklum...

~~~...Kawan-kawan saya sudah dapat surat konvokesyen... Saya tak dapat lagi...Huhu..~~~

Thursday, September 23, 2010

Nuffnang Bagi Saya Buffered Earning Lagi

Salam...

Semalam saya buat entri berbaur kesedihan...
Huhu..
Hari ini, saya buat entri berbaur gembira lagi...
Hehe...

Alhamdulillah... Rezeki daripada-Nya...

Poet Dusun Bayu dapat Buffered Earning lagi daripada Nuffnang...

 Klik gambar untuk paparan lebih jelas...

Kali ini Vaseline Contest (klik sini untuk maklumat lanjut) pula...
Hehe...

Klik gambar untuk paparan lebih jelas...

Klik gambar untuk paparan lebih jelas...

Terima kasih kepada Vaseline...

Dan...

Terima kasih juga kepada majikan saya...

Encik NUFFNANG

Hehe...

Sekian...

~~~Kepada sahabat-sahabat blogger, rajin-rajin la tinggalkan komen k...Hehe...~~~

Wednesday, September 22, 2010

Insan Teristimewa Yang Dinanti Tak Kunjung Tiba

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat blogger yg disayangi..?
Semoga berada dalam keadaan sihat & gembira selalu...
Kalau entri yg lepas Poet Dusun Bayu berbaur kegembiraan...
Untuk entri kali ini pula lebih kepada kesedihan...
Huhu...

Dua tiga hari yg lepas, saya menulis mengenai penantian insan teristimewa di Facebook saya...
Ada juga yg tertanya-tanya...
Siapakah gerangan insan teristimewa yg dinanti-nanti...

Saya akan jelaskan siapakah insan teristimewa yg saya maksudkan itu...

Ceritanya bergini...

Kakak & abang ipar saya belum lagi dikurniakan cahayamata...
Jadi, mereka berikhtiar untuk mengambil anak angkat...
Insan yg teristimewa yg saya maksudkan ialah bakal anak angkat kakak & abang ipar saya...

Dipendekkan cerita...
Beberapa hari sebelum raya hari tu, kakak & abang ipar saya telah membeli segala persiapan untuk menyambut kelahiran bakal anak angkat mereka...
Kegembiraan jelas terlihat pada wajah mereka yg tidak sabar untuk menjaga anak angkat tersebut seperti anak mereka sendiri...

Persetujuan untuk memberikan anak tersebut sebagai anak angkat kepada kakak & abang ipar saya sudah dibuat secara lisan...
Cuma menunggu bayi itu lahir sahaja...

Hari demi hari menunggu...
Pada 19 September 2010...
Lahirlah seorang bayi lelaki yg comel...
Bayi lelaki itulah bakal anak angkat kakak & abang ipar saya...
Nama untuk bayi lelaki itu juga sudah dipilih...
Muhamad Rizqi Fitri...
Itulah nama bayi lelaki itu sekiranya sah menjadi anak angkat kakak & abang ipar saya...

Kegembiraan kakak & abang ipar saya jelas terlihat apabila bayi tersebut selamat dilahirkan...
Kami sekeluarga juga turut gembira untuk menyambut bakal ahli keluarga baru kami...
Bergitu juga dengan keluarga abang ipar saya...
Mereka turut gembira & tidak sabar menanti bakal ahli keluarga baru mereka...

Setelah kelahiran bayi lelaki itu...
Kakak & abang ipar saya setiap hari pergi ke hospital untuk melihat bakal anak angkat mereka...
Mereka juga membawa lampin, sarung tangan baby & baju untuk baby tu...
Maklumlah bakal anak angkat mereka...
Kakak saya sempat mengambil gambar bakal anak angkatnya itu...
Saya nak letak gambar baby tu kat sini...
Tapi, saya takut kakak saya tak bagi...Huhu...

Namun, setelah beberapa hari menunggu...
Akhirnya, pihak keluarga ibu & bapa baby itu tidak bersetuju mereka menyerahkan baby itu sebagai anak angkat kepada kakak & abang ipar saya...
Perkhabaran itu menyebabkan kami sekeluarga bersedih...
Apatah lagi kakak & abang ipar saya...
Mereka pastinya sangat sedih & kecewa...
Bayangkan, segala kelengkapan seperti tilam baby, bantal, botol susu, lampin, baju & lain-lain lagi sudah dibeli...
Nama sudah dipilih...
Hanya menunggu baby itu menjadi anak angkat secara sah sahaja lagi...

Tapi, segala harapan kakak & abang ipar serta keluarga kami musnah semalam...
Apabila pihak keluarga ibu & bapa baby itu memutuskan tidak bersetuju & tidak membenarkan baby itu dijadikan anak angkat...

Jelas terlihat kekecewaan & kesedihan pada wajah kakak & abang ipar saya...
Kami sekeluarga hanya mampu untuk menenangkan mereka dengan mengatakan bahawa...
InsyaAllah... Akan ada rezeki mereka nanti...
Mungkin ada hikmah dengan apa yg telah berlaku...

Kakak & abang ipar saya redha dengan apa yg berlaku...
Lampin, sarung tangan baby & baju yg telah diberikan kepada baby itu telah disedekahkan kepada baby itu...
Kakak & abang ipar saya juga tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu...
Mereka redha & menerima apa yg berlaku dengan hati yg terbuka...

Kami sekeluarga mendapat tahu bahawa, ibu & bapa bayi itu telah didesak oleh keluarga mereka supaya membatalkan niat mereka untuk menyerahkan baby itu sebagai anak angkat kepada kakak & abang ipar saya...

Dipendekkan cerita lagi...
Saya tak nak burukkan pihak keluarga tersebut...
Huhu...

Sedih sangat2 ni..
Huhu...

Saya dah tak dapat nak menulis lagi pasal ni...

Huhu...

Sekian...

Tuesday, September 21, 2010

Buffered Earning Poet Dusun Bayu Dari Januari 2010 Hingga September 2010

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat blogger Poet Dusun Bayu...?
Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat-sihat dan baik-baik sahaja...
Hehe...

Saya gembira hari ini...
Jadi entri kali ini pun kenalah berbaur kegembiraan juga...
Hehe...

Sahabat-sahabat nak tahu tak berapa Buffered Earning yg Poet Dusun Bayu sudah dapat...?
Tak banyak...
Sikit je...
Hehe...

Buffered Earning yg pertama saya dapat adalah pada 29 Januari 2010...
Dan yg terbaru adalah pada bulan ini...
Bulan September 2010...
Sekarang ini pun ada rezeki daripada Maxis...

Klik sini ye...

Klik gambar untuk paparan lebih jelas ...

Klik gambar untuk paparan lebih jelas ... Nampak tak iklan Hotlink tu..Hehe....

 Klik gambar untuk paparan lebih jelas ... Nampak tak iklan Hotlink tu..Hehe....

Terima kasih sangat-sangat kepada NUFFNANG...
Alhamdulillah... Rezeki dari-Nya...

Berbalik semula kepada jumlah Buffered Earning yg Poet Dusun Bayu sudah dapat...
Hehe...
Sempat lagi promosikan iklan..Hehe...

Seperti yang saya beritahu tadi, Buffered Earning yg Poet Dusun Bayu pernah dapat taklah banyak sangat...
Hehe...
Buffered Earning yg pernah Poet Dusun Bayu dapat ialah sebanyak...
Hihi...

Kira sendirilah k...

Klik gambar untuk paparan lebih jelas...
Ada 16 BE yg sudah menjadi ME... Eh... Ada lagi la...Hihi...

Klik gambar untuk paparan lebih jelas...

Semuanya ada 24 BE yg sudah menjadi ME...Hehe...
Tambah dengan yg ada sekarang...
Poet Dusun Bayu sudah mendapat 25 Buffered Earning...
Hehe...

Thanks sekali lagi kepada NUFFNANG...

Harap-harap lepas ini bos nuffnang bagi la BE lagi kat Poet Dusun Bayu...
Hehe...

Saya rasa mesti ada lagi yg dapat lebih banyak Buffered Earning daripada saya...
Betul tak...?

Apa-apa pun, semoga ukhuwah & persahabatan yg terjalin menerusi blog-blog ini akan terus kekal sampai bila-bila...
Bukan hanya semata-mata mengejar keuntungan...

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat blogger Poet Dusun Bayu yg selalu singgah & mengikuti perkembangan blog ini...

Sekian...

~~~...Semoga bos Nuffnang bagi BE lagi kat saya..Hehe...~~~

Kenapa Lelaki Sanggup MATI Kerana CINTA?

Salam...

Walaupun saya sakit kepala...
Tapi, saya nak juga tulis entri ini...
Mesti anda tertanya-tanya kenapa saya menulis entri mengenai...

Kenapa Lelaki Sanggup MATI kerana CINTA...?

Pagi tadi saya ada terbaca berita mengenai seorang lelaki yang minum racun kerana ditinggalkan kekasihnya...
Dalam hati saya berkata, kenapa la lelaki tu sanggup minum racun sebab kena tinggal dgn kekasihnya...
Kenapa la nak bunuh diri...
Macamlah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ini...

Dan...

Kenapa perempuan itu tinggalkan dia...
Menurut sumber, lelaki itu ditinggalkan kekasihnya yg telah berjumpa dengan lelaki lain...
Hmm... Maknanya, perempuan tu ada lelaki lain la...
Tapi, kenapa lelaki tu sanggup minum racun hanya kerana kecewa ditinggalkan kekasihnya...?

Setakat yg saya tahu, bukan hanya kes lelaki yg minum racun ni sahaja yg berlaku...
Ada banyak lagi kes lelaki yg cuba membunuh diri kerana kecewa dengan tindakan kekasih yg meninggalkan mereka...

Ada yg sanggup terjun bangunan...
Ada yg sanggup terjun sungai...
Ada yg sanggup makan ubat terlebih dos...
Ada yg sanggup gantung diri sendiri...
Ada yg sanggup minum racun tikus...
Banyak lagi la...

Motifnya hanya kerana kecewa...

Persoalannya, kenapa mereka sanggup berbuat demikian...?

Pada hakikatnya, siapa yg tidak kecewa apabila cinta & kasih sayang yg disemai dimusnahkan dalam sekelip mata sahaja...
Apatah lagi perhubungan yg dibina sudah lama...
Ada yg bercinta sejak zaman sekolah lagi...
Keluarga masing-masing sudah mengetahui mengenai mereka dan berharap perhubungan mereka akan berkekalan...
Yang lebih mengecewakan lagi ada juga yg sudah merancang untuk berkahwin...
Malahan sudah hendak berkahwin...

Baru-baru ini saya ada terbaca mengenai seorang lelaki yang mengambil dadah sebagai "ubat" kecewanya...
Mungkin ada di antara anda yg sudah membacanya...
Lelaki tersebut merupakan seorang penjawat awam...
Diceritakan bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan beberapa hari sahaja lagi...
Segala persiapan majlis perkahwinan sudah dilakukan...
Kad jemputan juga sudah diedarkan...
Tetapi, dengan sekelip mata sahaja, bakal isterinya memutuskan hubungan mereka...
Siapa yg tidak kecewa dilakukan sebegitu rupa...
Yg pastinya keluarga mereka menanggung malu...
Segala persiapan yg telah dilakukan sia-sia sahaja...
Menurut lelaki tersebut, dia telah berhutang untuk mengatur segala persiapan perkahwinan itu...
Oleh sebab kecewa yg teramat sangat, dia mengambil jalan singkat dengan mengambil "ubat" pengubat kecewanya...
"Ubat" yg saya maksudkan ialah dadah jenis syabu...
Dalam seminggu dia akan menghabiskan RM2000 hingga RM3000 untuk meng"ubat" sakit kecewanya...
Hutang entah ke mana... Diri merana... Keluarga porak-peranda...
Huhu...

Apa perasaan bekas kekasihnya?
Mungkinkah dia puas dengan apa yg telah dia lakukan...?

Atau

Dia akan berkata "Pergi mampuslah lelaki macam tu...!"

Kenapa apabila segala persiapan perkahwinan sudah dibuat baru nak mintak putuskan hubungan...?
Hanya perempuan tu je yg tahu...
Huhu...

Apa perasaan anda sekiranya anda berada di tempat lelaki tersebut...?

Susah nak cakapkan?

Hmmm... Ada yg lagi dahsyat... Lelaki yg kecewa ini sanggup membunuh kerana kecewa...
Banyak juga kes ini berlaku...
Anda semua mesti mengetahuinyakan...?
Tak payah la saya nak nyatakan kat sini...

Saya bangkitkan semula persoalan saya...

Kenapa Lelaki sanggup MATI Kerana CINTA...?

Ada sesiapa yg boleh komen...
Hehe...

Tujuan saya buat entri ini bukan untuk merendah-rendahkan kaum saya...(Lelaki)...
Tidak juga untuk memburuk-burukkan kaum hawa...(Perempuan)...

Tapi, sekadar renungan bersama...

Kalau ada yg tak suka dengan entri ini, bagitahu saya...
Saya boleh terima...
Segala pendapat juga saya akan baca...
Hehe...

Sekian...

~~~...Saya rasa tak sedap hati la..Huhu..~~~

Monday, September 20, 2010

Sakit Kepala Lagi...

Salam...

Sakit kepalaku datang lagi...
Aduh...
Sakitnya...
Huhu...

Rasa macam ada jarum-jarum kecil yg menusuk dalam kepalaku ini...
Sakit...!

Dah makan penadol 2 biji...
Harap-harap la boleh kurang sakit kepala ni...

Sahabat-sahabat doakan saya cepat sembuh k....

~~~...Sakit gigi juga ni..Huhu... Ulser dalam mulut juga..Hukhuk...~~~

Gambar Raya Sakan Bersama Rakan

Salam...

Entri kali ni banyak dgn gambar-gambar...
Jangan luak pula tgk gambar-gambar ni k..
Hehe...

Gambar beraya dengan rakan-rakan saya...

Sahabat-sahabatku beraya..hehe...
 
 Menanti kunjungan tetamu di jendela...

Saya suka gambar ni...Hehe...

Jeles tgk gambar ni..Huhu...

Ok...Tu je gambar yg saya nak kongsikan...
Kredit to Erana my best friend...Hehe...
Pandai dia edit gambar...
Impian kami nak beli kamera DSLR...
Lepas tu outing sama-sama...
Harap-harap menjadi kenyataan...
Amin...

Raya tahun depan tak tahu dapat lagi tak macam ni...
Sebab ada yg nak kahwin dah...
Huhu...

Sekian...

~~~...Thanks Erana 4 this picture...~~~

Sunday, September 19, 2010

Sebulan Sahaja Lagi

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat blogger yg disayangi?
Hehe...
Semoga sihat & gembira selalu...

Sebulan sahaja lagi...
 
Apa yg sebulan lagi?

Cubalah teka...
Hehe...

Hmmm...
Apa, nak kahwin?

Bukan...

Calon pun takde..Mcm mana nak kawen...Huhu...

Nak betunang?

Bukan juga...

Makwe pun takde...Mcm mana nak betunang...
Adoi..Huhu...

Sebenarnya, sebulan lagi ulang tahun kelahiran saya...
Yang ke-2+ tahun...Hehe...
 
Muda lagi...
Ramai yg cakap sy nmpk muda...
Mcm budak sekolah menengah..Haha...
Bukan sy ckp k... Org cakap...Hehe...

Kepada sahabat-sahabat, saya dengan tak malunya nak mintak hadiah ni...
My wishlist utk birthday kali ini ialah...

1) Dipanjangkan usia & dilimpahkan rezeki yg banyak...Hehe...
Doakan untuk saya k...
2) Saya nak hidup gembira & bahagia...
3) Saya harap semua impian saya akan tercapai...
4) Saya nak makwe baru... Leh x macam tu...? Hehe... Saya bukan terdesak k...Hukhuk...
5) Nikon DSLR
6) Saya nak studio gambar sendiri...
7) Saya nak posting awal...

Banyak lagi la sy nak... Nanti saya senaraikan lagi k... Simpan utk entri khas sebulan lagi...
Hehe...

Mesti ada yg ckp saya mengada-ngada kn buat entri pasal ni....

Apa2 pon... Semoga semua impian saya akan tercapai...
Hehe...

~~~...Semoga dipermudahkan semuanya.. Harap akak & abg ipar sy bersabar...~~~

Rakan Datuk Sosilawati Ditemui Mati Tergantung

Salam...

Alhamdulillah...
Dapat juga saya update blog hari ini...
Untuk entri kali ini, Poet Dusun Bayu ingin kongsikan satu berita daripada Kosmo Online...
Mungkin ada di antara anda yg sudah membaca mengenai berita ini...
Apa-apa pun, Poet Dusun Bayu ingin kongsikan juga...Hehe...

RAKAN SOSILAWATI DITEMUI MATI TERGANTUNG
BUKIT MERTAJAM - Seorang pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, 43, yang juga rakan Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam.

Kejadian itu disedari oleh anak bongsu Sarina yang berusia 16 tahun kira-kira pukul 8.30 pagi ketika masuk ke biliknya.

Bagaimanapun sehingga semalam polis masih mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menolak sebarang kaitan dengan unsur jenayah.
 Sumber gambar: Kosmo

Menurut anak sulung mangsa, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, ketika kejadian dia berada di Kuala Lumpur dan bergegas pulang sebaik mendengar mengenai berita kematian ibunya itu.

Tambahnya, sebelum ini ibunya pernah menyatakan rasa terkilan dengan nasib malang yang menimpa rakannya, Sosilawati yang dibunuh dengan kejam baru-baru ini.

"Ibu dan Datuk Sosilawati memang sudah berkawan lama kerana mereka sama-sama terlibat dalam bidang produk kecantikan dan sejak kebelakangan ini ibu sering memberitahu dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa Sosilawati," katanya.

Sumber: Kosmo

Macam-macam yang berlaku kebelakangan ini...
Huhu...

Takziah kepada keluarga arwah...
&
Al-fatihah kepada arwah...

~~~...Semoga pembunuh kejam Datuk Sosilawati dihukum sewajarnya...~~~

Friday, September 17, 2010

Gambar Buah Hatiku Maya Danisha

Salam...

Sudah seminggu kita berhari raya...
Baru hari ini saya ada kesempatan untuk mengupload gambar raya di Facebook...
Nak kata sibuk, taklah sibuk sangat...
Hehe...

Sahabat-sahabat nak tengok tak gambar buah hati saya...?
Hehe...

Tengok la k...

Inilah gambar buah hati saya... Namanya Maya Danisha... Anak buah saya... Hehe...

Comel tak buah hati saya ni...?
Hehe...

Jangan jeles k...

Sekian...

~~~...Setelah melihat peluang di depan mata... Aku harap impian aku akan menjadi kenyataan...~~~

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia

Salam...

Apa khabar sahabat-sahabat...?
Semoga dalam keadaan sihat-sihat sahaja...
Untuk entri kali ini Poet Dusun Bayu tidak ada berkaitan dengan kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati...
Entri kali ini Poet Dusun Bayu ingin mengucapkan

SELAMAT HARI MALAYSIA

(Sumber Gambar: Encik Google)

kepada seluruh warganegara Malaysia...
Tidak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Ulu dan kaum-kaum yang lain...
Walaupun kaum kita berbeza, namun kita tetap

1Malaysia...

(Sumber Gambar: Encik Google)

Semoga keamanan dan keharmonian negara kita akan berkekalan sampai bila-bila...

Sekian...

~~~...Saya benci dengan pembunuh bangsa Malaysia...~~~

Wednesday, September 15, 2010

Gambar Suspek Utama Kes Bunuh Datuk Sosilawati Dan Tiga Yang Lain (Gambar)

Salam...

Sejak penemuan empat mayat rentung di Morib, entri Poet Dusun Bayu hanya berkisar mengenai Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati dan Tiga yang Lain...
Kalau sebelum ini hanya mengenai misteri kehilangan Datuk Sosilawati dan Tiga yang Lain, Poet Dusun Bayu tidak terlalu mengikuti perkembangan kes ini...
Tetapi, setelah disahkan penemuan empat mayat rentung di Morib merupakan jutawan kosmetik tersebut serta tiga yang lain, Poet Dusun Bayu terus memfokuskan kes ini menjadi entri utama sekarang ini...

Maklumat semuanya berada dihujung jari...
Sebelum pihak polis mengeluarkan kenyataan mengenai kes ini, di internet telah mula tersebar dengan pantasnya...
Zaman serba maju dan pantas ini menjadikan internet sebagai medium utama penyebaran berita terkini mengenai kes pembunuhan kejam ini...
Poet Dusun Bayu ada juga menjenguk beberapa laman web mengenai kes ini...
Sehinggakan sudah ada yg dapat nama penuh suspek utama & nama adiknya serta gambar mereka sekali...
Sebab itulah saya katakan semuanya hanya dihujung jari sahaja...
Bagi blogger yg kreatif, mereka akan cuba mendapatkan maklumat mengenai suspek kes bunuh kejam ini dengan pelbagai cara...
Antaranya dengan mencari maklumat di The Malaysian Bar Council (Badan Peguam Malaysia)
setelah mengetahui bahawa suspek tersebut merupakan seorang peguam di Banting yang telah digantung amalan guamannya...
Setelah mendapat nama mereka, para blogger akan cuba mencari di laman sosial...
Seperti Facebook, Twiter dan sebagainya...
Memang kreatif para blogger mencari maklumat mengenai kes pembunuhan yang mendapat perhatian seluruh negara ini...
Ada juga yg membuat kumpulan mengenai Dato Pathmanabhan Nalliannen di Facebook...
Apa yg saya hendak ingatkan kepada orang ramai ialah agar tidak menimbulkan isu perkauman mengenai kes ini... Tidak ada isu perkauman yg harus dibangkitkan... Kerana kes pembunuhan kejam ini adalah kes pembunuhan tulen...
Gambar Suspek Utama Kes Pembunuhan Kejam Datuk Sosilawati dan Tiga yang Lain.
Dato Pathmanbhan Nalliannen (Gambar ini diambil daripada Facebook dia)

Adiknya... Surendran Nalliannen (Gambar diambil daripada Facebook)
Di mana-mana sahaja bercerita mengenai kes ini...
Pukul 8 malam semua berkumpul di hadapan tv untuk menonton berita...
Sesungguhnya, pembunuhan kejam seperti ini sangat memeranjatkan seluruh rakyat negara kita...

Sekian...

~~~...Jangan libatkan isu perkauman dalam kes ini...~~~

Tuesday, September 14, 2010

Berita Terkini Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati: Bahan Bukti Pembunuhan Datuk Sosilawati dan Tiga Yang Lain

Salam...

BERITA TERKINI KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI:
BAHAN BUKTI PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI DAN TIGA YANG LAIN

 (Sumber Gambar: Berita Harian)

Operasi Cari Bahan Bukti Pembunuhan Sosilawati Diteruskan
BANTING, 13 Sept (Bernama) -- Pasukan penyelam Polis Marin Isnin meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di Sungai Kanchong Laut di sini.

Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai dibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ.

Operasi mencari bahan bukti itu bermula kira-kira 4.30 petang tadi dan berakhir pada pukul 7 malam ini. Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyertai operasi itu.

(Sumber Gambar: Harian Metro)

Seorang suspek lelaki dilihat dibawa ke atas jambatan sungai itu bagi menunjukkan di mana dia mencampakkan sesuatu dari atas jambatan berkenaan.

Semasa operasi itu dijalankan, kelihatan beberapa anggota Unit Forensik sedang membelek satu bungkusan plastik yang berisi seutas jam tangan.

Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala LUmpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Semalam, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.
Sumber: Bernama

Sekian...

~~~...Penatnya beraya semalam..Huhu...~~~

Monday, September 13, 2010

Berita Terkini Penemuan Empat Mayat Rentung Di Morib: Polis Sahkan Datuk Sosilawati Dan Tiga Lagi Dibunuh Dan Dibakar

Salam...

BERITA TERKINI PENEMUAN EMPAT MAYAT RENTUNG DI MORIB:
POLIS SAHKAN MAYAT-MAYAT TERSEBUT DATUK SOSILAWATI SERTA TIGA LAGI YANG LAIN.

Sosilawati Dan Tiga Lagi Dibunuh Dan Dibakar
BANTING, 12 Sept (Bernama) -- Pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat dekat sini, sekali gus mengakhiri misteri kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu.

Tambah memeranjatkan lagi, berikutan kejadian itu, seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar 'Datuk', telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.

Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, kata Mohd Bakri pada sidang akhbar di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Langat.

Beliau berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkara itu, bagaimanapun, polis masih memerlukan pengesahan daripada bahagian forensik dan Jabatan Kimia.

"Apa yang boleh saya sahkan sekarang ialah selepas pengakuan suspek, peluang kesemua mangsa ditemui masih bernyawa adalah sangat tipis," katanya.

Polis telah menghantar pasukan forensik dan kimia bagi mencari bahan bukti di kawasan tersebut, selain pakar patologi serta unit anjing pengesan.

Seorang kakitangan forensik yang enggan dikenali berkata mereka tercium bau petrol di kawasan di mana keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar.

Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan ini untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menjumpai kereta BMW Sosilawati di Apartmen Angsana di USJ 1, Subang Jaya serta kereta BMW Ahmad Kamil di kawasan perumahan di depan sebuah hotel di Subang Jaya.

Mohd Bakri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, dan polis Kuala Lumpur akan menjalankan siasatan memandangkan kali terakhir kesemua mangsa dilihat adalah ketika mereka meninggalkan pejabat Sosilawati di Kuala Lumpur.

Mengenai motif kejadian tragis itu, beliau berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan difahamkan polis telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap mereka bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing.

Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.

" Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka.

"Dia juga dikenali sebagai broker tanah. Tetapi kami amat terkejut apabila dia ditahan," katanya.

Sementara itu, seorang pemilik tanah yang terletak berhampiran kawasan kejadian berkata, ladang tersebut dilengkapi pintu elektronik dan tiada sesiapapun dibenarkan masuk.

Sumber: Bernama

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada mangsa...

Sekian...

~~~...Terungkai sudah misteri kehilangan Datuk Sosilawati serta 3 orang yg lain...~~~

Sunday, September 12, 2010

Berita Terkini Penemuan Empat Mayat Rentung Di Morib: Sidang Media Khas Telah Diadakan

Salam...

BERITA TERKINI:
Penemuan Empat Mayat Rentung Di Morib: Sidang Media Khas Telah Diadakan

Sidang media khas mengenai penemuan empat mayat rentung di Tanjung Sepat, Morib telah diadakan sebentar tadi.
Sidang media tersebut dijangka akan menjawab persoalan mengenai penemuan empat mayat yang rentung di ladang kelapa sawit di Tanjung Sepat, Morib...
Persoalan masih lagi belum terjawab sama ada empat mayat yg dijumpai tersebut merupakan Datuk Sosilawati serta 3 orang yg lain...

Suspek yg ditahan telah mengaku membunuh dan membakar Datuk Sosilawati, pegawai bank, peguam dan pemandunya.
Namun, pihak polis masih menunggu keputusan DNA mayat yg dijumpai...

Pelbagai spekulasi telah dikeluarkan dengan mengatakan bahawa mayat yg dijumpai tersebut merupakan jutawan kosmetik serta 3 org yg lain...
Pihak polis juga telah menahan reman empat orang suspek bagi membantu siasatan...
Mereka turut dibawa ke pantai di Morib yg dikatakan tempat mereka membuang abu mangsa...
Wartawan media masih lagi belum mendapat sebarang maklumat dan gambaran sebenar di tempat kejadian kerana dikawal ketat oleh pihak polis...
Sama-samalah kita menunggu berita mengenai kes ini dari semasa ke semasa...
Sekian dulu untuk kali ini...

~~~...Org ramai terutamanya blogger dimohon supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yg akan mengganggu tugas polis...~~~

Aku & Dia

Daisypath Anniversary Years Ticker